PENGIKUTKU.

Wednesday, August 22, 2012

Spaghettie Aidilfitri

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri korang!!! Perghh, lamanya aku menyepi kan? Dah cam setahun jew tak menaip blog nie. Hahaha. Macam mana dengan raya korang? Best tak? Aku macam bese lah sibuk melayan sedara mara ditambah dengan sepupu sepapat. Meriah wei tahun nie sebabnya semuanya ada, tapi yang tak bestnyer asal lah cuti aku cuma empat hari jew. Huhuhuh. Sedihnya. Esok dah kena keje tapi takpe lah asalkan aku dapat beraya sakan tahun nie. Baju raya semua aku beli yang dah siap, senang tak payah pikir nak ukur badan. Hahaha.

Hari nie dah 4 Syawal rupanya, cepatnya masa berlalu kan? Hajat hati nak ajak kawan-kawan beraya dekat rumah tapi sebab semua orang takde so aku padamkan saja hajat tu dalam hati. Mybe aku buat next month kot sebabnya cuti aku dah habis okey. Huhuhu Tak sabar nak tunggu bulan depan, harap-harap cuti aku kena masa bulan Syawal lagi dapat lah aku hidangkan makanan dekat member-member aku tu. Iyelah, sebelum puasa dah bagi menu nak makan apa dekat rumah aku, rata-rata semua member aku terkenan dengan laksa mak. Memang laksa mak terbaik in the world okey!!! Menu tu memang jadi pilihan member aku masa beraya dekat rumah. Tapi tahun nie aku nak buat kelainan lah, rasa-rasanya nak buat steamboat lak sebabnya masa 2 Syawal hari tu kitaorang hidangkan steamboat untuk sedara mara. Habis wei!!!

Steamboat Aidilfitri.

Tapi oleh sebab hari nie aku sorang jew dekat rumah, aku pun masak lah spaghettie. Aku nie memang jarang masak, tapi kalau dah hati nak sangat makan yang malas pun jadi rajin. Hahahaha. Korang nak tengok bahan-bahan nak buat spaghettie nie tak? 

Tomato dan bawang Holland

Prego tradisi.

Daging cincang dan sosej

Opss, lupa pulak nak snap picture spaghetti!!! tu lah ingat nak snap bahan-bahan asas tapi terlupa bahan penting. huhuhuhu takpe janji korang jangan lupa spaghetti sudah, nanti tak pasal-pasal kena ganti dengan bihun or mee kuning!!! hahaha. Okey, untuk tomato dan bawang Holland aku suka potong cincang dadu macam nie.

Potong kecik-kecik yew.

Lepas tu, korang panas kan minyak kemudian tumis bawang sampai naik baunya. Agak-agak dah kuning sikit, baru korang letak prego yew. Selepas dia mendidih, korang masukkan daging cincang dan sosej. Kemudian baru korang letak tomato. Sebagai perasa pulak, aku tambahkan sos tomato, sos cili dan kicap!! Kitakan orang Asia, so memang tekak pun citarasa Asia lah. Hikhikhik. Kalau korang dah letak semua bahan tu, macam nie lah rupanya.

Sos spaghetti.

Masa nak tunggu sos masak, korang boleh lah rebus spaghetti dengan air panas bercampur minyak dan garam secubit. Biasanya, kalau korang nak tahu spaghettie tu dah masak ker belum, korang picit batang spaghetti tu, kalau keras bermakna dia tak masak lagi tapi kalau lembut kira dah masak spaghettie tu. Mudah kan? Hikhikhik. 

Spagheetie Aidilfitri bersama Parmesan Cheese.

Bila dah siap sos dan spaghettie tu, korang boleh susun dalam pinggan, letak spaghettie dulu, kemudian sos dan akhir sekali parmesan cheese macam dalam picture atas nie. Menarik kan? Hikhikhik Sedapnya spaghettie bila makan panas-panas. Huhuhu Laparnya, aku nak makan dulu yew nanti kalau ada resepi baru aku akan share dengan korang. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya.


No comments:

Post a Comment