PENGIKUTKU.

Friday, August 10, 2012

Ops Raya 2012.

Assalamualaikum,

Memang aku tak sangka sangat hari nie, iyelah aku dapat ikut serta dalam Ops Raya 2012 wei!! Korang mungkin pernah tengok dekat TV or newspaper kan? Tapi kali nie, aku sendiri ikut serta dalam Ops Raya. Hari nie aku ikut team Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Kebetulan, hari nie memang hari pertama diorang buat rondaan dekat jalan raya. Sungguh bertuah diri nie kan? Hikhikhik.

Sebelum buat rondaan dengan anggota bomba, aku terlebih dahulu pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat, Seksyen 15, Shah Alam untuk buat liputan pasal kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan nie. Kalau korang nak tahu, balai bomba nie antara balai yang paling ramai anggota bomba dia. Nampak jew kecik dari luar jalan tapi bila masuk jew, memang besar rupanya. Hikhikhik. 

Nasib aku hari nie memang baik sangat, mana taknya kebetulan Tuan Mohd Sani Harul merangkap Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Selangor ada. Nasib baik aku memang kenal dengan Tuan Sani, so kerja aku tambah mudah dan selesa sebabnya pernah interbiu Tuan Sani sebelum nie. Jap yew, aku nak tunjuk korang gambar yang diambil oleh jurufoto Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam nie. Hikhikhik. Main suka-suki jew curi dalam FB diorang. Sorry yew bukan sengaja curi tau!!.

Sesi perbincangan bersama.

Interbiu Tuan Sani.

Ucapan raya Tuan Hamizi

Ucapan raya.

Ucapan raya jugak.

Ucapan raya gaya macho.

Ucapan raya semua anggota.

Cenderahati dari Tuan Sani.

Lepas jew habis sesi interbiu dan rakam seluruh balai bomba, aku dan rakan setugas bergerak ke Tol Rawang diketuai Tuan Hamizi dan Tuan Amer. Dalam hati nie, tak sabar nak ikut anggota bomba melaksanakan tugas walaupun di bulan puasa. Gigihnya diorang buat kerja kan? Kalau aku mesti dah tak larat, iyelah panas-panas terik lepas tu kena buat rondaan pulak, naik motor yang besar tu. Perghh!!! memang menguji kesabaran aku. 

Tapi pengalaman nie aku tak kan lupa sampai bila-bila, bukan semua orang dapat peluang macam aku nie. Kebetulan bulan puasa, so aku dan rakan setugas bersama-sama berbuka puasa dengan sembilan anggota bomba yang bertugas. Perghh!! ini pertama kali aku berbuka dekat tol dengan bomba sambil makan nasi dalam bekas plastik. Kenangan terindah dalam hidup aku, tak mungkin aku lupa. Kalau korang nak tahu, aku sorang jew perempuan, memang segan gila!!! mana taknya semua anggota bomba lelaki wei, yang wanita selalunya duduk ofis. Huhuhu. Terpaksa lah aku buat muka selamba sambil menikmati juadah berbuka puasa. Mekasih yew Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebabnya sponser makanan saya hari ini.

Nasi ku.

No comments:

Post a Comment