PENGIKUTKU.

Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru, Eiman.

Assalamuaikum,

Hai korang, semalam aku off, so aku guna kesempatan datang ke majlis perkahwinan kawan aku. Kalau korang nak tahu, aku tak lah rapat sangat dengan dia. Lagipun baru dua tahun lepas aku kenal dia, tapi kitaorang dah macam kenal lama. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya, kitaorang masih kawan sampai sekarang, walaupun jarang jumpa tapi kalau aku ada kesempatan aku mesti jumpa diaorang.

Semalam, aku begitu teruja nak tengok Eiman dan suaminya bersanding. Sebelum tu, aku pergi beli hadiah dekat Jusco, Mid Valley. Nasib baik ada orang temankan aku beli hadiah tu, kalau tak mesti aku tak berkesempatan nak beli. Mekasih yew. Macam biasalah, sebelum bersiap-siap nak pergi rumah orang kahwin, aku dah terpikir nak pakai baju apa. Argghhh, susahnya nak cari baju yang okey sikit, tak terlalu sarat dan kalau korang nak tahu, aku ini suka nampak simple tapi menawan, cewahhh!!! Akhirnya baju nie yang aku pilih!!!


Aku jugak bawa camera digital yang aku beli bulan Mac lepas, dah lama beli tapi baru semalam aku mempraktikkan kehebatan camera Canon tu. Wah!! memang terbaiklah camera tu, aku suka warna dia merah!!! Itu memang warna kegemaran aku sejak lahir lagi. Hikhikhik Ermm, sebelum nak sampai ke rumah orang kawin aku terpaksa tunggu dalam sejam!!! Mana taknya si Gani, Ayu dan Ema lambat datang sebab baru nak beli hadiah. Nasib baik aku dah beli malam kelmarin. Hikhik. Sampai-sampai dekat rumah pengantin aku terus tengok pengantin bersanding, oleh sebab perut dah berbunyi aku terus cakap dekat Gani, kita makan dulu lah, lapar gila nie!!! Habis jew makan, kitaorang duk sibuk bergambar, iyelah camera dah ada kan. Opss!! lupa pulak aku ada karok dengan Gani, lagu Jangan Pisahkan!!! Sorry Ayu, pinjam jap tunang kau yew, sebab dia dah gian nak karok dengan aku!!!


Lepas jew kitaorang karaoke, sesi bergambar bersama pengantin pulak. Hikhik. Dah macam satu kemestian bergambar dengan pengantin sebelum melangkah pulang. Aku pilih duduk dihadapan sekali bersama Ema. Hikhikhik.


Cantik tak color dia? Tema biru lagi si Eiman nie pilih!! Semua nie kawan-kawan aku semua. Dari kanan, Honey, Ida, Eiman, Suami Eiman, Ghani, Ayu, Aku dan Ema. Masa tengah menunggu pengantin bergambar, aku sempat jugak bergambar, korang mesti nak tengok kan?

Aku bersama anak Honey.

Ayu, Aku dan Ema

Ema, Ayu, Ida dan Aku.

Bergambar bersama pengantin.

Lepas jew habis sesi bergambar di rumah pengantin, kitaorang bergegas ke Taman Tasik Perdana. Ikut pengantin buat sesi photoshoot dekat sana pulak. Pe lagi kitaorang yang bukan pengantin yang lebih-lebih posing!!! Kalau korang tak percaya tengok lah aksi-aksi manja kitaorang nie. Hikhikhik.





Okey tak gambar kitaorang? Nie cuma sebahagian jew, yang lain aku ada upload dekat FB. Kalau korang senang jemput lah tengok yew. Hikhikhik. Okey, sebelum lupa aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Eiman dan suaminya, semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke Syurga. Amin.


2 comments:

  1. ngeeeeeeeeeeee sila email kat aku pic yang lain ek.. tak yah nak upload sgt pic gedik aku dlm fb.. hahahhahaha

    ReplyDelete
  2. ala, xyah email ar..nnti aku bgi pndrive lg senang!!! lambat ar email

    ReplyDelete