PENGIKUTKU.

Sunday, August 1, 2010

Selamat Hari Jadi Anita Samsi

Ermm, 1 Ogos 2010 nie aku memang sibuk
Dari semalam sampailah hari nie, aku orang paling sibuk
Lepas jew adik Zul nikah, ktorang sambut besday adik Nita
Kalau korang nak tahu, tarikh nie saja jew ktorang pilih
Senang cikit nak ingat, tarikh hari jadi adik Nita

Aku ingat lagi, masa mak aku mengandungkan adik Nita
Time tu umur aku baru empat tahun 
*time nie aku dah pandai cakap*
Kisah nie berlaku sewaktu aku lepak2 dengan mak aku dekat dapur
Mak aku tengah berehat lepas makan nasi
Aku pulak main2 dekat dengan mak.
Tiba2, aku datang dekat mak.
Korang tahu tak ape yang aku buat??

Aku terus pegang perut mak aku 
Aku rasa adik aku tengah bergerak2 *sekarang nie dah besar dia*
Dan mulut aku terus cakap dekat mak macam nie
Mak, nanti akak dapat adik perempuan.
Mak bagi nama adik Anita Sarawak tau!!! 
*time nie fanatik dengan anita sarawak*
Mak aku hairan bila aku cakap macam tu *muka kebingungan*
Mesti mak aku pikir, biar betul akak nie.
Kecik2 lagi dah tau ker dalam perut nie baby perempuan

Time dulu2, mana ader scanner nak scan perut mak.
So, waktu mak lahirkan adik baru lah mak tahu
Tekaan aku memang betul, mak pun tak sangka sangat2
Aku tengok time adik Nita keluar dari perut mak
Adik nangis kuat sangat2. *seronok dapat adik lagi*
Lepas beberapa hari, mak bagi nama adik
Nama yang aku suruh mak letak.
Tapi nama adik takder Sarawak, mak cuma letak Anita jew
*haha, takpe lah janji ader jugak Anita tu*

Masa adik dah besar cikit, aku lah orang yang paling sayang adik
Kalau ader orang nak dukung atau ambik adik
Aku mesti menangis dan meraung sekuat hati *sayang sangat adik*
Bagi aku, adik cuma untuk aku jew. 
Aku takut kalau ader orang nak bawa lari adik daripada aku
Memang aku sayang sangat dekat adik
Mungkin sebab nama adik, aku yang bagi

Sekarang adik dah besar, umur dah 21 tahun
Adik makin lawa, comel dan manis *adik lagi lawa daripada aku*
Setiap tahun aku mesti belikan kek untuk adik
Tahun nie pun sama, aku belikan adik kek Secret Recipe
Kek Strawberry Marshmallow Cheese
Aku pilih kek nie sebab, aku suka cheese!! *hehe*
Adik pulak suka strawberry.

nie kek yang aku belikan untuk adik


happy besday adik!!!


wish apa tu adik??

*Adik, akak doakan adik panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga adik berjaya dalam hidup nie. Jadi orang yang berguna untuk keluarga dan juga negara!! Akak sayang sangat dekat adik, dari waktu akak pegang perut mak dulu sampai akak dah takder nanti*


2 comments:

  1. adk tu wish supaya akak dia dpt jodoh yg bole menjage akak dia dgn baik

    ReplyDelete
  2. senget!!!
    bukan la. xmungkin!!!
    xnak la. jauhkan la erk
    hahaha

    ReplyDelete