PENGIKUTKU.

Sunday, July 3, 2011

Doaku Kini.


Hati aku tak keruan sekarang nie.
Macam-macam dugaan yang datang.
Mungkin ini semua ada hikmah-Nya.
Sekarang nie, aku amalkan doa.
Doa untuk masa depan ku.
Aku nak tadah tangan nie.
Nanti bila korang habis baca.
Tolong amin kan yew.

Ya Allah, seandainya telah ENGKAU catatkan 
bahawa dia miliku dan tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah, ya TUHAN ku yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami melayari hidup ini 
ke tepian yang sejahtera abadi.
Tetapi Ya Allah.
Seandainya telah ENGKAU takdirkan
bahawa dia bukan miliku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Lenyapkanlah dia dari ingatanku
Dan ubatilah kekecewaanku.
Ya Allah, ya TUHAN ku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan 
untuk melontarkan bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bahagia walaupun tanpa dia bersamaku.
Dan ya Allah yang memiliki seluruh rasa cinta
Gantikanlah yang telah hilang itu,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah 
walaupun tidak sama dengan dirinya.
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu.
Sesungguhnya segala yang telah ENGKAU takdirkan 
adalah terbaik buatku
Kerana ENGKAU Maha Mengetahui 
segala yang terbaik buat hamba Mu.
Ya Allah
Cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunai dan akhirat.
Dengarkanlah rintihan hamba Mu yang daif ini.
Janganlah ENGKAU biarkan aku sendiri 
di dunia ini mahupun di akhirat.
Kerana aku bimbang bersendirian akan menjuruskan 
aku ke lembah kemungkaran.
Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan 
Hidup ke jalan yang ENGKAU redhai 
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh.
AMIN.


No comments:

Post a Comment