PENGIKUTKU.

Sunday, February 20, 2011

Aku Masuk Surat Khabar Kosmo!.

Korang baca story dekat bawah nie, pelan-pelan baca tau!!!.

 

Graduan UUM terima ijazah selepas banjir


Samsia


SINTOK - Penantian 633 graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama lebih dua bulan untuk naik ke pentas bagi menerima ijazah tiba ke penghujungnya apabila majlis konvokesyen yang ditangguhkan akibat banjir diadakan semalam.

Konvokesyen khas bagi menggantikan Majlis Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua bagi Sesi Kelima dan Keenam itu berlangsung meriah di Dewan Mu'adzam Shah UUM di sini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kesemua graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Penganugerahan melibatkan graduan daripada Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) serta Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS).


Yang atas nie petikan akhar menerusi Kosmo.
Bertarikh 20 Februari 2011.
Muka surat 8.
Kisah aku masuk surat khabar.
Selalunya aku yang temubual orang.
Tapi kali nie aku pulak yang ditemubual.
Kelakar kan?
Tapi takpe lah.
Aku rasa gambar aku kelakar sangat.
Dengan make-up dia.
First time aku buat celak kat mata tu.
Antek tak?
Hahaha.
Rasa bangga dan teruja.
Tengok muka terpapar dalam surat khabar.
Syukur sangat-sangat.
Terima kasih kepada Kak Kosmo.
Kak Zana pun tidak dilupa.
Terima kasih semua.


Kalau korang nak tengok boleh klik sini Graduan UUM terima Ijazah selepas banjir

 

4 comments:

  1. hai dear !! i folow u..
    hmm teruja tgk u berucap hari konvo that day..
    hehehe
    anyway congrat !

    ReplyDelete
  2. hye...
    thnkx coz follow my blog.
    u tgk i brucap ker?
    malu la plak.
    thnkx sis..

    ReplyDelete
  3. xpe u still maintain cumil...huahuhauhu

    ReplyDelete