Assalamualaikum,
Hai korang, semalam aku kerja macam biasa. Assignment pulak dekat Bangunan SUK, Shah Alam jew memandangkan semalam hari Rabu, so aku kena lah cover mesyuarat exco-exco kerajaan negeri Selangor. Biasanya diaorang buat dekat tingkat 20. Dalam email tulis PC pukul 1.00 petang tapi selalunya kitaorang kena tunggu beberapa jam almaklumlah, mesyuarat kan? memang tak tentu masa nak habis. Masa nie lah menguji tahap kesabaran aku!!!.
Inilah Bangunan SUK, Shah Alam. Sejak aku kerja nie, dah banyak kali aku melawat dekat sini. PC exco, Sidang DUN, Demontrasi dan sebagainya. Dah lali dengan keadaan bangunan nie, kira nie macam rumah ke dua selepas ofis. Hikhikhik. Sebelum aku masuk kerja, sempat jugak pergi shoping dekat Mid Valley. Kira semalam ship petang la yew. Tempat yang paling aku suka beli jeans, Romp. Bukan aku jew yang suka, tapi adik aku pun sama. Dah banyak koleksi jeans aku beli hasil buatan jenama Romp. Kain dia best, lagi satu design dia masuk dalam jiwa aku. Cewahhh!!!
Bukan setakat jeans jew, aku suka jugak baju dia. Tapi dekat Romp nie mostly color hitam dan putih. Kalau color lain ada tapi cam sikit jew. Hikhikhik Murah pun murah, tak lah mahal sangat. Standard price orang cakap!!! Sebab tu Romp tetap dihati aku sampai bila-bila. Simple tapi nice. Itu kira moto aku bila berfesyen!!! Hahaha.
Korang nampak tak picture atas nie? Nie lah ubat sakit perut. Tiba-tiba tengah malam semalam, perut aku masuk angin lepas makan nasi plus sup ayam herba. Mungkin sebab aku lambat makan, so nasi dan ayam tu telah menghimpit angin dalam perutku!!! Argghhh!!! Sakitnya perut nie, sempat jugak aku beli minyak cap kapak, ada lah kurang sikit rasanya tapi sekejap jew lah. Pastu sakit kembali menyerang!!! Huhuhu minyak cap kapak aku beli yang kecik sekali, harga dia dalam RM2.50. Kecik-kecik tapi mencengkam panas perutku. Sungguh aku rasa selesa kejap. Malam semalam, bergelumanglah aku dengan minyak cap kapak.
Opss!! lupa pulak nak bagitahu korang, aku tak pergi klinik just beli ubat dekat farmasi, Bangsar. Selalunya kalau aku sakit memang dekat sana lah tempat aku tuju. Hikhik Ubat dia memang berkesan!!! Macam korang nampak, ubat tu aku kena telan sebelum makan, pekerja tu cakap lepas makan ubat dalam 30 minit baru boleh makan nasi. So, aku dah tak lalu nak jamah nasi, alternatif lain aku pilih ialah bubur!!! Sama jew dengan nasi cuma dia lembut sedikit. Hahaha. Mana tak cari bubur erk, nasib baik tiba-tiba ingat bubur ayam Mcdonald!!! Huhuhu dapat jugak aku makan bubur.
Memandangkan aku sakit, so hari nie aku tak berkesempatan nak puasa. Takpelah minggu depan aku puasa balik. Korang doakan aku cepat sembuh yew. Amin. Okey, nak sambung makan bubur dulu. makan panas-panas baru sedap!!!
No comments:
Post a Comment