Semalam, lepas jew habis kerja aku terus pergi tengok wayang dekat area Kuala Lumpur. Selalunyer memang tempat tu jadi pot aku menjamah filem-filem oversea. Hahaha. Nasib baik tuah masih dikaki aku lagi, sampai-sampai jew dekat panggung wayang, aku terus dapat tiket wayang. Walaupun dalam hati berdoa, minta-minta la dah kuar cerita Men In Black 3 dekat sini. Ahdoi, harapan aku punah kali ini, cerita lain pulak yang ada dulu.
Kalau korang nak tahu dekat cinema nie, kena tunggu dalam dua tiga hari tayangan baru lah cerita baru tu muncul secara tiba-tiba. Tapi nasib baiklah ada cerita jugak nak dilayan. Opss!!! lupa pulak aku pergi tengok cerita nie bukan sorang-sorang tapi dengan Si Senget. Nasib baik dia temankan aku, walaupun sebenarnya aku yang temankan dia *sentapkan?* Dah macam setiausaha peribadi pulak, siap aku panggil dia bos lagi.
Korang mesti tahu kan cerita yang aku tengok? Mana takknya dah terang-terang jadi tajuk entri aku kali nie. Mesti ar korang hebat!!! Aaah, aku tengok cerita Dark Shadows kisah seorang manusia biasa bertukar jadi pontianak!!! Cam ner tu? Alkisahnya cam nie, Barnabas Collins berasal dari Liverpool tapi dia merantau ikut family ke Amerika Syarikat. Mak dan bapak dia nie usahawan terkenal kira bangsawan kaya la yang tubuhkan bandar Collinsport jadi pusat perikanan.
Dah kata orang kaya, Barnabas nie playboy sampaikan dia terjebak dalam cinta Angelique seterusnya menyebabkan dia menderita sampai 200 dekad. Mana taknya, si Angelique nie seorang yang pendendam cinta, kalau orang yang dicintai tu berpaling tadah dia akan musnahkan semua kesayangan Barnabas termasuklah mak, bapak dan kekasih hatinya, Josnette.
Lepas jew, si Angelique sihirkan semua orang, Barnabas jew yang terselamat tapi dia bertukar jadi pontianak sampai bila-bila. Yang aku paling suka tengok dia kena kurung dalam kotak hampir 200 dekad. Lamanya dia duduk dalam tu kan? Tak mati pulak dia sebab takde udara. Opss terlupa lak, pontianak kan dah mati, no wonder la dia tenang jew dalam kotak tu. *pe lah sam nie*
1972, akhirnya si pontianak Barnabas bebas sebab ada pekerja si Angie nie lepaskan dia dalam kotak usang tu. Maka, Barnabas pulang semula dekat Collinwood Manor tapi semua isi rumah dalam tu waris-waris Collins. Yang aku pelik, si Barnabas nie hisap darah manusia tapi dia tak minum darah family dia. Dia sangat utamakan family dia sebab family adalah kekayaan dia!!! hebatkan ayat tu. Aku suka sangat.
Lepas jew kemunculan Barnabas pelbagai kejadian berlaku, semuanya demi kembalikan kemashyuran perniagaan Collins. Akhirnya, Barnabas jatuh cinta dengan Vicky mengasuh anak buah dia. Vicky nie muka dia saling tak tumpah sama dengan kekasih hati Barnabas yang mati terjun dekat laut. Memang sama jew sifat dorang, kira nie cam roh si Josnette ada dalam badan Vicky sebab tu dia terdorong nak kerja dengan keluarga Collins.
Bila si Barnabas nie kembali semula, Si Angie berusaha memikat hati teruna kesayangan dia. Tapi akhirnya cinta dia sekali lagi tak terbalas. Si Angie naik angin sampai memusnahkan semua benda yang si Barnabas buat seperti kilang ikan. Kesian Barnabas kan? Jahatnyer si Angie nie, sebab cinta tak terbalas habis semua dia musnahkan. Kalau aku jadi Si Angie, aku akan redha jew sebab mungkin ada lagi terbaik untuk aku dekat luar sana.Hikhikhik.
Okey aku takkan cerita sampai habis filem nie, kalau cerita sampai habis mesti korang cam tak berminat nak tengok kan? sampai dekat sini jew aku cerita. Aah, lupa lak nak bagitahu korang, habis jew cerita nie, macam beselah Si Senget mula la nak tiru aksi-aksi dalam ini filem. Paling kelakar sekali, dia tiru aksi Barnabas pukau orang dengan tangan, siap ada hati nak pukau aku cara tu!! *tak makan la beb cara tu!!!* Itu semua karut jew, mudah sangat Si Senget nie percaya benda-benda cam tu. Ahdoi, ini lagi satu manusia yang terlalu ikut rentak filem, lagi-lagi filem aksi ganas!!!. Pening kepala aku layan kanak-kanak riang ini, walaupun dah pangkat dewasa!!! Hahaha. Sebelum mengakhiri entri nie, aku nak siarkan gambar pelakon-pelakan Dark Shadows, memang terbaik la cerita nie. Aku bagi 4.5 bintang!!!
No comments:
Post a Comment