Korang kenal wajah dalam gambar atas nie? Ini lah tokoh terunggul di Malaysia, yang jadi kebanggaan aku. Walaupun aku tak pernah bersalaman dengan beliau, tapi aku tetap meminati kepimpinan beliau masa tadbir negara dulu. Aku ingat lagi, masa tu aku kecik lagi, beliau sangat tenang dan tampan sekali. Masa tu ada seorang lagi pemimpin yang aku paling sayang, mungkin kerana bibirnya yang merah bak delima menjadi kesukaan aku masa tu. Siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri kita sekarang nie, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tak sangka impian aku nak tengok Datuk Seri Najib jadi PM menjadi kenyataan.
Masa aku kecik-kecik dulu, manalah aku tahu tentang dunia politik. Yang aku tahu, Tun Dr Mahathir popular sebab kalau tengok berita mesti muka Tun yang terawal keluar TV. Melangkah dewasa aku semakin mengagumi kebijaksanaan beliau mencorak Malaysia jadi negara maju. Siapa yang tak kenal dengan projek-projek Tun dulu, Menara Berkembar KLCC pernah jadi menara tertinggi di dunia lagi satu Putrajaya, yang dulu takde siapa terpikir jadikan kawasan paya pusat pentadbiran negara. Sungguh aku kagum dengan kecerdikan Tun merangka masa depan Malaysia.
Oleh sebab aku meminati Tun, akhirnya hari ini aku beli buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Aku beli dekat MPH, Alamanda, Putrajaya, harga dia RM 59.90 jew. Setakat nie, aku baru mula bab satu. Yang lain, tak sentuh lagi. Sejak aku berkecimpung dalam dunia politik nie *cehwah* aku semakin teruja belajar sejarah dulu sebab tu aku beli buku nie boleh aku guna sebagai panduan aku masa bekerja. Kerja sebagai wartawan nie memerlukan fizikal dan mental yang kuat, kena tahu isu-isu terkini dunia politik, kalau tak jangan haraplah korang nak jadi wartawan. hikhikhik.
Okeylah, sampai dekat sini jew dulu yew, aku nak sambung balik baca buku tokoh negara ini dulu. bye.
No comments:
Post a Comment