PENGIKUTKU.

Sunday, May 13, 2012

Rayu Jangan Marah.

Aku rayu jangan marah sebab aku takut tengok orang marah!!! Aku rayu jangan sesekali kesal dengan kehidupan sebab semua dah ditakdirkan oleh-Nya. Aku rayu jangan mudah putus asa mungkin hari ini kau kalah, mana tahu esok lusa kau ditangga tertinggi masa tu kejayaan akan mencari kau. Masa tu jugak hanya doa yang mampu aku berikan agar kau sentiasa berjaya.

Aku rayu jangan marah saat semua berpaling jauh dari kau. Mungkin diaorang tak faham masalah dan perasaan kau. Tapi aku faham hati kau. Kau tak perlu risau sebab aku ada temankan kau. Kalau kau rasa terpinggir, aku ada jadi teman kau. Sungguh!!! Aku amat hargai keikhlasan hati kau. Biar semua orang caci maki kau, tapi aku takkan sesekali menjatuhkan kau.

Aku rayu jangan marah-marah lagi sebab kau insan yang paling rapat dengan aku. Kalau kau marah-marah lagi, mungkin aku akan berkecik hati. Tapi mungkin kesabaran aku, aku gigih di sini lagi saat kau disisih selalu. Aku akan jaga kau, biar sume orang benci kau. Aku ada untuk lindungi kau dari anasir-anasir jahat asalkan kau tak marah-marah lagi.

Aku rayu jangan marah selalu sebab aku mahu tengok kau tersenyum selalu. Aku suka tengok kau gembira sebab masa tu kau suka berjenaka. Kau lupa segala masalah dalam jiwa, semua kau anggap mudah bila gembira. Bibir kau akan merekah bila tersenyum, ramai yang suka senyuman kau tu. Cuma kau jew yang selalu menafikannya. Sungguh!!! ramai orang terpesona, aku pun tak kurang samanya dengan mereka di luar sana. Terpesona dengan senyuman kau.

Aku rayu jangan marah sentiasa sebab semua benda kau akan pukul. Cermin kereta, stering kereta, antara benda yang kau pernah pukul. Takut aku tengok masa tu, kau seakan-akan hilang kawalan. Kau tak sedar bila kau tengah marah, asalkan kau dapat hilangkan kekesalan dalam jiwa tu. Sungguh!! aku takut masa tu. Tapi aku tetap sabar, sebab aku tahu itu jew cara redakan perasaan marah kau tu. Jujur aku cakap dekat sini, aku tak suka kau marah macam tu. 

So, aku rayu kau jangan marah-marah lagi. ;)


No comments:

Post a Comment