PENGIKUTKU.

Tuesday, June 5, 2012

Minah Ulam.

Assalamualaikum,

Hai korang, bertemu kita sekali lagi yew. Hari nie, aku nak story tentang makanan yang paling aku suka makan sejak kecik lagi. Hakikatnya, aku dah dilatih makan benda-benda nie semua dari dulu lagi, kalau nak sihat kena makan semua hijau-hijau nie. Petua dari bapak aku sendiri yew. Kadang-kadang bila fikir balik, betul jugak cakap bapak aku, aku dah nampak kesannya sejak aku amalkan dari dulu lagi. Aku memang gila dengan makanan tu.

Minah Ulam!! Dah boleh bagi anugerah tu dekat aku. Bukan aku jew gila ulam-ulaman nie, adik aku Nita pun suka sangat ulam-ulaman. Kalau kitaorang makan hujung minggu, mesti banyak jenis ulam yang kitaorang makan dah macan rupa kambing pun ada. Mana taknya, banyak ulam dari lauk, ditambah pulak adanya belacan. Peerghh!! Terangkat siot. Memang kalau ada ulam jew aku dah suka sangat, janji ada belacan!! Itu pun dah sedap, tak payah lagi lauk pauk yang lain. Memang pelik kan? Dalam family aku nie, cuma adik Zul jew tak suka makan ulam-ulaman nie, dia nie sorang jew pelik. Hikhik

Tapi itulah kegemaran aku, tak boleh nak hipokrit sebabnya aku memang pengemar ulam. Petai, antara benda wajib yang mesti ada dalam pinggan ulam masa makan tengahari. Korang sume tahu kan bau dia memang terbaik lah, tapi khasiat dia mengagumkan!!! Selalunya mak dan adik yang suka beli petai sebab diorang rajin pergi pasar malam or pasar pagi. Lagi besar petai tu, lagi suka aku makan. Siap cari petai yang mana besar lagi, yang kecik selalunya makan last-last!!! Hahaha. Selalunya aku suka makan petai nie mentah-mentah, kira yang tak masak lagi. Walaupun bau dia yang sangat kuat, tapi cara nak handle dia dengan makan gula-gula yang berangin!!! Contohnya jenama Halls, selalunya aku makan yang color hitam dan hijau. Hikhikhik

Petai

Selain petai aku paling suka makan jering!! Tapi cara aku makan jering lain sikit, aku kena rebus dulu jering tu, kalau tak rebus aku tak suka makan sebab rasa dia kelat-kelat. Kalau rebus, memang aku makan sampai habis jering tu. Rasa dia lagi sedap kot!!! So, memang aku rajin lah kalau nak siapkan jeringkan nie selalunya tugas aku memang rebus jering!!! Hikhikhik walaupun jering tak berbau sangat macam petai, tapi bila korang pergi toilet, baru korang tahu bau dia!!! Memang baik untuk sistem penghadaman kita, orang kata lah, aku ikut jew. Hikhikhik

Jering

Kalau bab daun-daun ulam nie, aku memang suka daun selom, pegaga, ulam raja dan pucuk betik. Memang aku suka melantak ulam-ulam nie. Rasa dia sangat sedap, taklah pahit sangat. Kalau daum selom, aku suka sangat makan bunga dia, siap bergaduh dengan adik aku sebab nak makan bunga dia jew. Teruk kan? Pegaga pulak, rasa dia manis-manis pahit tapi biasanya aku malas nak bersihkan sebab batang dia terbelit-belit susah nak susun cantik-cantik. Pernah jugak aku try buat jus pegaga, tapi cam tak boleh telan jew, bila fikir-fikir baik, dari aku minum baik aku makan jew taklah rasa dia semacam jew. Hikhikhik

Daun Selom

Pegaga

Ulam raja pulak, aku belajar makan masa dekat U dulu, dekat Kedah memang terkenal dengan ulam-ulaman nie. Dekat sana lagi banyak jenis ulam yang korang tak boleh dapat dekat KL. Selalunya kalau nak dapat pelbagai ulam, Kolej Muamalat memang jadi gedung ulam. Nasib baik masa last sem, aku dipindahkan secara paksa ke sana, dapatlah merasa ulam-ulaman orang Kedah. Memang terbaik lah!!! Tiap hari kot makan petai, tapi sebab taknak busuk satu bilik aku makan yang dah rebus. Walaupun tak sesedap yang mentah, kalau dah suka makan jew lah. Pucuk betik jugak masuk dalam senarai ulam-ulaman aku, yang nie bapak aku yang ajar makan, rasa dia pahit tapi bila makan panas-panas, sangat sedap!!! Kalau korang nak tahu, aku makan pucuk betik nie masa kecik dulu sebab bapak aku cakap kalau taknak nyamuk gigit, kena makan pucuk betik!!! Hahaha, bapak nie memang bagi pengaruh besar dekat aku dan adik Nita.

Ulam Raja

Pucuk Betik.

Kalau korang nak tahu, aku baru belajar makan biji kerdas. Seingat aku, tahun lepas aku baru try makan kerdas. Mula-mula adik aku cakap makan mentah-mentah, tapi rasa dia tak sedaplah. Lepas tu, adik aku rebus biji kerdas macam rebus jering, bila try makan baru boleh layan. Rasa dia memang terbaik lah. Hikhikhik Selain kerdas, aku jugak makan jantung pisang. Selalunya makan panas-panas lagi sedap, kalau dah sejuk jantung tu cam dah lebam sangat. Dah tak sedap!!! Mak aku lah yang ajar makan jantung pisang nie, mak memang rajin beli ulam-ulam nie. Mekasih mak!!! Sebab tu mak awet muda, macam kakak bila jalan dengan kitaorang!!! 

Kerdas

Jantung Pisang

Selain tu, aku jugak suka sangat makan peria. Selalunya peria nie kena rebus dulu, baru dia sedap. Aku takpernah lagi makan mentah-mentah tapi rasa dia yang pahit-pahit tu yang menaikkan selera makan!! Hikhik Kacang botol pun aku suka makan, selalunya adik yang pandai pilih kacang botol mana yang tua atau muda. Memang dia pakar dalam pilih-pilih nie!!! Rasa dia yang rangup bila dicicah dengan belacan memang terbaik!!! Timun juga jadi menu ulam-ulaman dekat rumah aku, tapi aku kurangkan sikit makan timun nie sebab dia kan sejuk, so anak dara tak elok sangat makan benda-benda sejuk nie!! Wahgitu!!

 Peria

Kacang Botol

Timun

Mesti korang pelik kan kenapa aku buat entri pasal ulam-ulaman nie, sebenarnya semalam aku puasa. So, tiba-tiba jew aku tertengok petai, rupa-rupanya kelmarin mak aku beli petai. Pe lagi, perasaan nak makan ulam membuak-buak, tengok dalam peti ais pulak ada jering!! Perghhh!!! Memang langkah kanan lah kan, siap ada timun lagi. Pe lagi aku pun gagahkan diri nie buat belacan walaupun tengah lesu. Takpe-takpe demi juadah puasa ulam, aku sanggup buat walaupun tak larat. Kebetulan pulak, adik aku pun puasa jugak!! Lagi semangat lah nak buka puasa sama-sama. Hikhik 

Akibat makan petai banyak sangat, hari nie aku tak puasa sebabnya nanti mulut bau petai ar. Lagi tak selesa aku nak bercakap dengan orang, nasib lah kan sape suruh makan petai banyak-banyak!!! Hahaha. Takpe-takpe, asalkan awet muda!!! Itulah rahsia awet muda aku, lepas nie kena cari calon suami yang boleh terima aku makan ulam-ulam nie, nanti dia tak tahan pulak bau-bauan wangi nie!!! Aku takkan hipokrit sebabnya kalau aku kawin dengan orang yang tak makan ulam, takkan aku kena stop makan ulam? Ahh, takkan terjadi perkara seumpama itu dalam hidup ku!!! Cewah!! Lantaklah, asalkan aku pandai cover bau-bauan tu!! Tapi kalau dapat bakal suami makan semua benda atas nie lagi bagus, senang hidup aku!!


No comments:

Post a Comment