Assalamualaikum,
Dalam gambar tu lah Puan Azie, sempat lagi kau berposing yew. Lepas jew berpeluh-peluh akibat kepanasan di tepi jeti tu, kitaorang tiba-tiba dapat offer baik dari Encik Mazli. Dia nie orang kuat dekat Bagan Pasir, memang langkah kanan kitaorang datang sana. Encik Mazli siap nak berbelanja kitaorang makan seafood lagi. Bestnya, walaupun aku kena bergegas buat follow-up pasal mangsa ribut, tapi aku sempat lagi menjamah makanan tu. Memang terbaik sangat-sangat!!! Paling aku suka minum teh cina, walaupun cuaca panas, tapi bila minum jew tak rasa panas pun. Segar jew. Selain itu, udang goreng, ikan kukus dan lala dia sangat sedap!! Makan sampai licin woo.
Sebelum makan, aku sempat jugak snap gambar dekat kawasan restoran tu, memang cantik dekat sana. Tenang jew, teringin aku nak duduk dekat sana lama-lama. Kalau korang nak tahu, aku nie memang suka sangat laut!!! Tak tahu kenapa tapi bila tengok laut hati rasa tenang jew, jiwa pun rilex jew. Hikhikhik.
Lepas jew perut kenyang, aku bergerak terus ke Bandar Tanjong Karang. Nie pertama kali nak berborak dengan Encik Jasman, Setiausaha Sulit Dato Seri Noh Omar. Dia lah yang akan bawa aku ke rumah mangsa-mangsa ribut sekitar Tanjong Karang. Nasib baik Encik Jasman bagi kerjasama yang sangat bagus, senang kerja aku. Mekasih yew Encik Jasman. Hikhik Sambil-sambil buat follow-up, sempat jew aku posing dengan mangsa ribut. Lagipun, pembantu Encik Jasman, Encik Bob pun rajin snap gambar aku. Hikhikhik
Kak Dayah, Kak Sal dan Aku.
Encik Bob yang sebelah kiri aku tu.
Masa tengah interbiu
Aku pergi melawat dalam tiga rumah, memang teruk aku tengok. Habis bumbung rumah diaorang nie terbang, kalau tak salah aku, kali nie memang terburuk dalam sejarah. Kesian kan dekat diaorang, tapi takpe Dato Seri Noh dah bagi bantuan secepat yang mungkin, sebab tu lah kebanyakan mangsa berasa lega dan bersyukur dengan bantuan tu.
Itu cerita hari Isnin, cerita semalam pulak kisahnya tentang Forum Air Selangor 2012, kerajaan negeri Selangor buat dekat Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Awal-awal lagi aku dah naik KTMB sebabnya nanti cameraman ambik dekat stesen Shah Alam. Senang sikit katanya. Hikhik Forum tu start pukul 9.00 pagi, dan kalau korang nak tahu aku terpaksa tunggu sampai habis forum. Huhuhu. Dekat pukul 5.30 petang baru aku bergerak balik ofis. Kenapalah masa closing forum tu buat lambat-lambat sangat sampai aku tak kira berapa banyak gula-gula yang aku telan!!! Memang menguji kesabaran aku lagi tugasan semalam.
Tapi hati aku rasa senang sebabnya ramai member-member wartawan ikut serta dalam itu forum. Kira taklah aku kebosanan, ada jugak lah aktiviti menyakat rakan-rakan lain. Bila aku lepak-lepak sambil dengar forum air tu, memang terpikir jugak kenapa lah diaorang nie suka buat forum sampai ke petang. Kan senang kalau habis lepas lunch hour. Hikhik Nie kes sebab malas nak tunggu lama-lama sambil buang sisa-sisa masa dalam dewan. Arggh!!! sabar jew lah yew.
Lepas jew balik dari assignment, tanpa menukar baju formal aku gigihkan kaki nie bergerak ke Stadium Shah Alam. Beb!! Semalam, Malaysia lawan Singapore okey. Memang taknak terlepas kali nie menyaksikan kehebatan Safee Sali. Teruja sangat-sangat!! Malaysia memang terbaik sebabnya Singapore berjaya dibaham Harimau Malaya 2-0 siot!!! Tak sia-sia aku datang macam ahli korporat!!! Hahaha. Hidup Harimau Malaya.
Okey, untuk hari nie pulak, aku kena cover Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Seri Mohd Shafie Apdal dekat Intekma Resort, Shah Alam dalam majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang KEMAS Negeri Selangor Tahun 2012. Takde yang seronok sangat, cuma aku mengantuk!!! Siap kena perli dengan Dato Seri lagi, mana takknya aku duduk depan sekali. Rugi pulak duduk depan nie, tak boleh nak lelap jap. Argghh!!! malunya. Hikhik
No comments:
Post a Comment