PENGIKUTKU.

Wednesday, July 11, 2012

Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Assalamualaikum,


Hai korang, hari nie aku berkesempatan berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang. Mesti korang pelik kan? Kenapa aku perlu berada di kolej nie? Aaah, kalau korang nak tahu aku kena buat special report pasal kolej nie sebelum majlis jasamu dikenang, 14 Julai ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasa bangga sebabnya aku jadi sebahagian media yang mempromosikan kolej sebelum majlis berlangsung. Kalau korang nak tahu aku memang selalu pergi dekat Klang, itupun pergi ke istana jew belum pernah aku jejakkan kaki di kolej ini. Jenuh jugak mencari kolej nie, memang tersorok dekat belakang istana.


Sebelum aku ke kolej nie, nasib baik aku dapat fone number Pengetua kolej, Encik Abdullah Jusoh. Orangnya memang ramah jew, tak sombong pun. Senang sikit kerja aku hari nie. Ermm, aku mula berjalan-jalan sekitar sekolah untuk buat rakaman video. Perghh!! besar jugak kolej nie, memang penat aku berjalan. Kalau korang nak tahu, Cikgu Zaleha yang jadi guru pengiring aku tunjuk sekitar kolej. Memang cantik kolej nie, pelajar-pelajar dia semuanya menghormati orang. Baiknya dorang nie, semuanya sopan-sopan belaka. Kalah aku wei!!! Huhuhu.


Pejabat urusan KISAS

Makmal sains.

Koperasi sekolah

Smart kan?

Asrama puteri.

Opss, lupa pulak aku nak story mory dengan korang. Sebenarnya majlis jasamu dikenang nie cetusan ilham daripada Pengarah Urusan Utas Travel and Tours Sdn Bhd, Dato Hj Mohd Din Yusof. Ermmm, kalau korang nak tahu masa aku diploma dulu, aku praktikal dekat Utas Travel and Tours tau!! Perghh, tak sangka aku sekarang tengah buat specail report untuk program Dato Mohd Din. Kecik rupanya dunia nie kan? Insyallah kalau dipanjangkan jodoh, Sabtu nie mana lah tahu aku cover sana dan boleh lah jumpa dengan Dato. Hikhikhik Okeylah, sampai dekat sini jew aku bertaip-taip, sebabnya aku kena siapkan dua special report untuk editor KL. Nanti kalau tak siap dorang marah pulak. Hikhik. Okey lah, bye.


2 comments:

  1. baru balik dari majlis jasa mudi kenang meriah dan hebat dpt salam dengan PM tad

    ReplyDelete
  2. best ker? saya xdpt g sebab kena cover syabas!!! sedihnya tak dapat jumpa dengan Pengarah Urusan Utas Travel. Huhuhu

    ReplyDelete