PENGIKUTKU.

Tuesday, August 28, 2012

Fettuccine Alfredo.

Assalamualaikum,

Hari nie aku terlebih rajin dengan adik aku, nak tahu tak apa yang kitaorang buat? Wah, kalau korang kawan aku, mesti korang tak percaya sebabnya dulu aku memang tak suka sangat memasak tapi sekarang nie aku dah semakin minat memasak. Rupa-rupanya memasak nie seronok dan yang paling penting bila orang makan sampai menjilat jari. Memang satu kepuasan dalam diri!! 

So, hari nie aku dengan adik memulakan pencarian menu Fettuccine, kalau korang nak tahu Fettuccine nie salah satu adik beradik spaghetti tapi bentuk dia besar sikit dari spaghetti. Korang kena tengok betul-betul dekat bungkusan dia, takut tersalah pilih or terambik yang lain jenis pulak. Hikhik

 Nie la Fettuccine.

Okey, sekarang nie aku nak senaraikan semua bahan yang kena korang letak supaya jadi Fettuccine Alfredo yang sedap dan lazat. Sambil-sambil tu korang pergi ambik pen dan kertas untuk catat semua bahan nie yew, mana lah tahu korang berkenan nak masak untuk orang tersayang. Okey, cepat sikit ambik pen tu yew, sekarang nie aku nak mula cerita bahan nie.

Bawang Holand dan bawang putih.

Semua bawang di atas, korang hiris dadu kecik.

Udang.

Sosej

Tomato.

Parmesan Cheese 

Pertama kali, korang mesti rebus Fettuccine tu dulu dengan air masak. Sebelum air mendidih korang masukkan garam, selepas tu korang masukkan Fettuccine dan minyak sedikit. Dalam 15 minit, korang try dulu Fettuccine tu sama ada dah masak tau belum, kalau dah masak korang boleh toskan. Mudah kan?

Untuk sos Alfredo nie, korang just ikut turutan gambar nie jew. Lagi senang korang nak tengok cara dia, aku dah siapkan semua gambar setiap step yang korang boleh ikut. Hikhik Harap korang lebih faham lepas nie.

Panaskan butter

Tumiskan bawang Holland dan bawang putih

Masukkan udang dan sosej.

Masukan Fettuccine dan juga Parmesan Cheese.

Siap!!! Jom makan.

Senang kan? Bahan dia pun korang mudah dapat dekat mana-mana kedai. Nanti aku bagi lagi resepi Fettuccine Carbonara pulak. Tunggu yew...



Wednesday, August 22, 2012

Spaghettie Aidilfitri

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri korang!!! Perghh, lamanya aku menyepi kan? Dah cam setahun jew tak menaip blog nie. Hahaha. Macam mana dengan raya korang? Best tak? Aku macam bese lah sibuk melayan sedara mara ditambah dengan sepupu sepapat. Meriah wei tahun nie sebabnya semuanya ada, tapi yang tak bestnyer asal lah cuti aku cuma empat hari jew. Huhuhuh. Sedihnya. Esok dah kena keje tapi takpe lah asalkan aku dapat beraya sakan tahun nie. Baju raya semua aku beli yang dah siap, senang tak payah pikir nak ukur badan. Hahaha.

Hari nie dah 4 Syawal rupanya, cepatnya masa berlalu kan? Hajat hati nak ajak kawan-kawan beraya dekat rumah tapi sebab semua orang takde so aku padamkan saja hajat tu dalam hati. Mybe aku buat next month kot sebabnya cuti aku dah habis okey. Huhuhu Tak sabar nak tunggu bulan depan, harap-harap cuti aku kena masa bulan Syawal lagi dapat lah aku hidangkan makanan dekat member-member aku tu. Iyelah, sebelum puasa dah bagi menu nak makan apa dekat rumah aku, rata-rata semua member aku terkenan dengan laksa mak. Memang laksa mak terbaik in the world okey!!! Menu tu memang jadi pilihan member aku masa beraya dekat rumah. Tapi tahun nie aku nak buat kelainan lah, rasa-rasanya nak buat steamboat lak sebabnya masa 2 Syawal hari tu kitaorang hidangkan steamboat untuk sedara mara. Habis wei!!!

Steamboat Aidilfitri.

Tapi oleh sebab hari nie aku sorang jew dekat rumah, aku pun masak lah spaghettie. Aku nie memang jarang masak, tapi kalau dah hati nak sangat makan yang malas pun jadi rajin. Hahahaha. Korang nak tengok bahan-bahan nak buat spaghettie nie tak? 

Tomato dan bawang Holland

Prego tradisi.

Daging cincang dan sosej

Opss, lupa pulak nak snap picture spaghetti!!! tu lah ingat nak snap bahan-bahan asas tapi terlupa bahan penting. huhuhuhu takpe janji korang jangan lupa spaghetti sudah, nanti tak pasal-pasal kena ganti dengan bihun or mee kuning!!! hahaha. Okey, untuk tomato dan bawang Holland aku suka potong cincang dadu macam nie.

Potong kecik-kecik yew.

Lepas tu, korang panas kan minyak kemudian tumis bawang sampai naik baunya. Agak-agak dah kuning sikit, baru korang letak prego yew. Selepas dia mendidih, korang masukkan daging cincang dan sosej. Kemudian baru korang letak tomato. Sebagai perasa pulak, aku tambahkan sos tomato, sos cili dan kicap!! Kitakan orang Asia, so memang tekak pun citarasa Asia lah. Hikhikhik. Kalau korang dah letak semua bahan tu, macam nie lah rupanya.

Sos spaghetti.

Masa nak tunggu sos masak, korang boleh lah rebus spaghetti dengan air panas bercampur minyak dan garam secubit. Biasanya, kalau korang nak tahu spaghettie tu dah masak ker belum, korang picit batang spaghetti tu, kalau keras bermakna dia tak masak lagi tapi kalau lembut kira dah masak spaghettie tu. Mudah kan? Hikhikhik. 

Spagheetie Aidilfitri bersama Parmesan Cheese.

Bila dah siap sos dan spaghettie tu, korang boleh susun dalam pinggan, letak spaghettie dulu, kemudian sos dan akhir sekali parmesan cheese macam dalam picture atas nie. Menarik kan? Hikhikhik Sedapnya spaghettie bila makan panas-panas. Huhuhu Laparnya, aku nak makan dulu yew nanti kalau ada resepi baru aku akan share dengan korang. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya.


Wednesday, August 15, 2012

Seniman Dato M.Nasir.

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Hari nie dah masuk 26 Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu, lepas nie tinggal beberapa hari jew nak puasa. Sedihnya, dah nak habis bulan Ramadhan, sebenarnya bila dah usia makin lanjut nie,bulan  puasa yang aku nanti-nantikan. Entahlah, tiada hati sangat nak sambut Syawal macam selalu aku buat masa tengah muda-muda dulu. Hikhikhik. 

Okey, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal nak menjelang Raya, tapi aku nak kongsi dengan korang sikit pasal hari nie seniman teragung negara, Dato M.Nasir datang dekat ofis buat rakaman raya tau!! Excited gila nak jumpa dengan Dato. Nie pertama kali aku bertentang mata dengan Dato. Suara Dato memang terbaik, sangat merdu terkedu aku saat mendengar suara Dato.

Dato nyanyi lagu akustik.

Bergambar bersama.

Kenangan terindah aku.

Kebetulan jugak, hari nie program ewa-ewa raya dorang buat serentak, aku berduet dengan Abang Dassky nyanyi lagu Seloka Hari Raya. Selamat lah dari nyanyi sorang-sorang kan? Hahaha memang best hari nie dapat spend time dengan kakitangan yang lain. Sangat meriah okey, berbuka pun bersam-sama di ofis. 


Tuesday, August 14, 2012

Bersama Keluarga Syabas.

Assalamualaikum,

Aku tak nak banyak berleter hari nie, cukuplah dengan satu gambar nie dah menceritakan segala-galanya. Tentang gembira, bahagia, seronok dan paling utama kekenyangan!!! Mekasih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi kesempatan merasa juadah berbuka puasa di RTM kali nie. 

Bersama keluarga Syabas.

Sunday, August 12, 2012

Iftar Di Restoran Suasana.

Assalamualaikum,

Hai korang. Puasa tak hari nie? Actually, aku nak kongsi sesuatu dengan korang. Semalam dan hari nie sememangnya aku off, so masa nie aku banyak habiskan masa dengan family dan kawan-kawan. Kebetulan semalam, aku dah dibooking oleh teman-temanku untuk berbuka puasa. Mula-mula kitorang ingat nak makan dekat Seoul Garden, tapi akhirnya diorang terus ubah fikiran nak beriftar di Restoran Suasana, Kampung Abdullah Hukum.

Sebenarnya, aku dah pernah makan dekat situ dengan dorang, tapi takpelah senang dan dah tahu makanan apa yang sedap dekat situ. Restoran nie unik tau, dia terletak betul-betul tepi Sungai Klang. Kalau korang nak pergi ke Flat Putra Ria, korang mesti kena lalu depan restoran nie dulu, baru boleh sampai dekat Flat Putra Ria. Tapi kalau korang dari LRT Abdullah Hukum la. Hikhikhik. Kalau korang dari Mid Valley, korang mesti pusing ke kiri tau baru jumpa restoran nie.

Opss lupa pulak nak bagi tahu korang siapa teman-teman aku yang tersayang tu, dorang tu terdiri daripada Ema, Ghani, Ayu, Fida dan Anas (husband Fida). Kalau tak ada 10 orang semuanya, tapi oleh sebab yang tak dapat dielakkan, so kitaorang jew berenam. Sedih kan? Ermm, takpelah janji ada jugak kan? tapi tak best lah, kalau ada Iman, mesti meriah meja kitaorang!!! Huhuhuhu.

Ema, Ghani dan Ayu.

Anas dan Fida

Ghani dan Ayu.

Fida dan Aku.

Banyaknya lauk.

Korang memang cute.

Peace yo.

Jemput, jemput.

Sedapnya lauk dia.

Muka tak sabar nak makan.

Syukur sangat-sangat, semua makanan kitorang habis cuma tinggal sayur kangkung dan telur jew yang lain semuanya habis okey!! kuat jugak kawan-kawan aku nie makan, terutamanya si Anas tu selera dia memang sangat mengkagumkan!!! Iyelah orang baru kahwin, macam tu lah selera dia mengalahkan orang pregnant. Hahaha. 

Makanan dia memang terbaik lah, aku paling suka daging masak merah dan ayam goreng kunyit. Feberet tu. Semua makanan nie kitaorang habis dalam RM 161 tau. Perghh!!! banyaknya kitaorang makan semalam sebelum nie tak pernah mahal cam nie. Hikhik Tapi takpe sebabnya siap dapat diskaun lagi tau!!! Kalau korang rasa tak tahu nak makan dekat mana, aku sarankan korang cuba dekat restoran nie. Memang korang takkan menyesal punya. Cuba tau!!! hikhik


Friday, August 10, 2012

Ops Raya 2012.

Assalamualaikum,

Memang aku tak sangka sangat hari nie, iyelah aku dapat ikut serta dalam Ops Raya 2012 wei!! Korang mungkin pernah tengok dekat TV or newspaper kan? Tapi kali nie, aku sendiri ikut serta dalam Ops Raya. Hari nie aku ikut team Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Kebetulan, hari nie memang hari pertama diorang buat rondaan dekat jalan raya. Sungguh bertuah diri nie kan? Hikhikhik.

Sebelum buat rondaan dengan anggota bomba, aku terlebih dahulu pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat, Seksyen 15, Shah Alam untuk buat liputan pasal kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan nie. Kalau korang nak tahu, balai bomba nie antara balai yang paling ramai anggota bomba dia. Nampak jew kecik dari luar jalan tapi bila masuk jew, memang besar rupanya. Hikhikhik. 

Nasib aku hari nie memang baik sangat, mana taknya kebetulan Tuan Mohd Sani Harul merangkap Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Selangor ada. Nasib baik aku memang kenal dengan Tuan Sani, so kerja aku tambah mudah dan selesa sebabnya pernah interbiu Tuan Sani sebelum nie. Jap yew, aku nak tunjuk korang gambar yang diambil oleh jurufoto Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam nie. Hikhikhik. Main suka-suki jew curi dalam FB diorang. Sorry yew bukan sengaja curi tau!!.

Sesi perbincangan bersama.

Interbiu Tuan Sani.

Ucapan raya Tuan Hamizi

Ucapan raya.

Ucapan raya jugak.

Ucapan raya gaya macho.

Ucapan raya semua anggota.

Cenderahati dari Tuan Sani.

Lepas jew habis sesi interbiu dan rakam seluruh balai bomba, aku dan rakan setugas bergerak ke Tol Rawang diketuai Tuan Hamizi dan Tuan Amer. Dalam hati nie, tak sabar nak ikut anggota bomba melaksanakan tugas walaupun di bulan puasa. Gigihnya diorang buat kerja kan? Kalau aku mesti dah tak larat, iyelah panas-panas terik lepas tu kena buat rondaan pulak, naik motor yang besar tu. Perghh!!! memang menguji kesabaran aku. 

Tapi pengalaman nie aku tak kan lupa sampai bila-bila, bukan semua orang dapat peluang macam aku nie. Kebetulan bulan puasa, so aku dan rakan setugas bersama-sama berbuka puasa dengan sembilan anggota bomba yang bertugas. Perghh!! ini pertama kali aku berbuka dekat tol dengan bomba sambil makan nasi dalam bekas plastik. Kenangan terindah dalam hidup aku, tak mungkin aku lupa. Kalau korang nak tahu, aku sorang jew perempuan, memang segan gila!!! mana taknya semua anggota bomba lelaki wei, yang wanita selalunya duduk ofis. Huhuhu. Terpaksa lah aku buat muka selamba sambil menikmati juadah berbuka puasa. Mekasih yew Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebabnya sponser makanan saya hari ini.

Nasi ku.

Tuesday, August 7, 2012

Iftar Di Islamic Kitchen.

Assalamualaikum,

04.08.2012 bersamaan hari Sabtu lalu, aku dan rakan-rakan politeknik Merlimau Melaka beriftar bersama di Restoran Wadihana Islamic Kitchen, Bandar Baru Bangi. Mula-mula memang aku tak tahu dorang nak makan dekat restoran mana, yang aku tahu cuma tempat dia dekat Bangi jew. Hahaha. Sebenarnya aku tak kisah makan dekat mana, janji dapat jumpa dengan dorang. Itu pun dah cukup bermakna dalam diri aku nie. 


Kali nie aku makan dengan dak-dak poly
tapi lain batch dan kos. Pelik kan? Tapi itu lah hakikatnya, sampai aku jadi pelik macam mana boleh rapat dengan dorang. Kelakar pun ada, pelik lagi lah ada. Tapi tak kisah lah, lagipun diorang memang baik dan boleh dipercayai. Hikhikhik. Kalau korang nak tahu, kitaorang sumenya 13 orang, bila dah ramai macam nie memang meriah lah. Panjang gila meja sampai tempat tu kitaorang jew yang krongker. 



Kitaorang makan dekat sini lah.

First time makan dekat sini.

Nampak pisau tak? western dia terbaik tau!!!

kentang tu terbaik.

ABC yang tak sempat nak rasa.

Kebetulan antara kawan-kawan kitaorang, ada member satu batch dengan aku, dia wife salah sorang daripada dorang nie. Hikhikhik So, aku memang borak dan duduk sebelah Zety jew lah, ada masa aku pegang perut dia, almaklum lah dia kan sedang sarat pregnant. Aku doakan dia selamat sebabnya dijangka bulan September nie baby akan keluar melihat dunia. Cehwah!! mesti kena tengok nie baby comel korang. Hikhikhik. Walaupun aku nie tak kahwin lagi, tapi aku suka baca info tentang orang tengah preggy nie. Hari tu, aku ada jugak bagi tips dekat Zety, iyelah masa nie lah kena jaga kandungan biar sihat dan cerdik. Hikhik Semoga Zety amalkan semua tips tu yew. 

Aku dan Zety

Tadi aku ada bagitahu korang aku duduk sebelah Zety kan? Oleh sebab aku wanita sejati, masa tu memang aku dah beraya dulu sebelum dorang. Hikhikhik *korang faham-faham jew lah yew* So, disebabkan aku tak boleh solat, aku stay jew dekat kerusi sambil makan apa yang aku ambik. Sampaikan Baba perli aku, ' Oitt orang sana tu, hujan pun tahu berhenti jugak!!!' huhuhu. Agak-agak lah nak perli orang. Semuanya memang terkejut tengok aku makan, tapi dak Adik dah biasa dan tak heran dengan cara aku makan. Huhuhu. Malunya muka aku!!!

Lepas jew kitaorang habis makan, dorang sume berhajat nak pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), katanya nak cari barang hari raya. Hikhikhik Walaupun aku dah banyak kali berjalan dekat Jalan TAR nie, tapi kali nie memang best sebabnya dengan dorang. Seronok sangat-sangat dapat spend time dengan korang, maklumlah bukan senang nak jumpa korang lepas nie sebabnya masing-masing sibuk dengan kerja. Papepun, hari Sabtu lepas memang sangat bahagia dan seronok sampai aku makan tak berhenti disebabkan korang ada depan mata!!! hahaha.

p/s : tiba-tiba rindu dekat Along, Adik, Baba, Zety dan Jambu. huhuhu

Thursday, August 2, 2012

Puding Caramel Berlapis Coklat.

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Sebenarnya dah lama aku nak update blog nie tapi semalam baru aku berkesempatan nak menaip. Sejak akhir-akhir nie, aku memang busy sangat dengan kerja, maklum lah di bulan Ramadhan nie banyak program dan isu-isu panas di Selangor. Ermmmm, ingatkan bila bulan puasa nie, semua isu dorang simpan tapi hakikatnya diorang tak kisah!!! puasa or tak, isu tetap isu!!! Huhuhuhu. Opss, asyik cerita pasal politik jew, masuk ofis, politik!!! lepak dengan kawan, politik!!! Bosannya!!!! Takpe-takpe, kita tinggalkan sejenak pasal isu di Selangor, meh kita singgah cerita pasal juadah berbuka puasa. Kalau pasal makanan, bulan puasa nie memang selalunya makanan jadi lead dalam semua newpaper dekat Malaysia. Syurga makanan di bulan puasa!!! Lebih kurang cam nie lah lead dekat newpaper, betul tak? Hikhikhik.

Mentang-mentang lah bulan puasa, bulan menahan lapar dan dahaga, so makin ligatlah semua orang bercerita pasal makanan paling best juadah apa yang nak masak or beli untuk berbuka nanti. Hahaha Kalau sebelum nie, kita asyik bergosip pasal skandal lah, orang tu bercinta dengan orang nie lah, dia tak cukup hebat lah tapi bila time puasa jew semua gosip tu hilang!!! Biasanya dorang lagi suka bercerita pasal makanan, nak berbuka dekat mana, nak pergi ke bazar mana, dan paling penting nak berbuka dengan siapa!!! Hahahaha. Itulah realiti masyarakat Malaysia. Okey, bercerita pasal juadah berbuka nie, minggu lepas aku berbuka puasa dekat rumah Dieya. Almaklum lah dah lama tak jumpa kan? Selain Dieya, Iena dan Fiza turut serta jugak. Kalau korang nak tahu, kitaorang nie empat sekawan sejak form 1 lagi. 

Sebelum itu, kitaorang siap berbincang nak masak apa. Dalam otak aku memang takde pape menu pun sebabnya aku malas nak pikir sebabnya biarlah dorang yang tentukan. Aku nie jenis senang jew, makan apa yang ada, tak memilih sangat macam Fiza. Hikhikhik. Akhirnya, Iena dan Dieya yang tentukan menu, dorang nak masak spaghetti daging!!! Perghh, sedapnya. Seperti mana yang dirancang, aku, Dieya dan Iena pergi mencari bahan masakan dekat NSK, Petaling Jaya. Sebenarnya, ini pertama kali aku pergi ke NSK, sebelum nie pernah dengar tapi tak pernah pergi lagi. Memang barang dia murah-murah tau!!! Aku cadangkan korang pergi sini beli barang basah dan semuanya ada!!!

Masa tengah dok jalan-jalan sambil cari bahan masak, aku sempat lagi snap picture Adib. Comelnya anak Cikya nie. Oleh sebab Dieya dan Iena sibuk cari barang, aku lah yang kena tolak troli nie sambil bergurau senda dengan Adib. Kalau korang nak tahu, aku siap bagi cium semua barang basah dekat dia, biar dia kenal barang-barang tu. Contohnya, bawang, halia, asam keping dan semualah. Hahaha Kelakar tengok muka Adib bila bau benda yang kurang wangi. Comelnya anak Cikya nie.

Adip malu-malu.

 Adib tak puasa yew!!!

Tadi aku ada cerita pasal spaghetti kan? Tiba-tiba Dieya nak tambah menu pulak, dia nak buat puding caramel berlapis coklat. Pergh!!! cam best jew, lagipun dia dah siap print bahan dan cara-cara nak buat puding yang sedap. Iena pulak, dia nak buat sandwich sosej dengan keju!!! Ahdoi, macam banyak jew menu korang nie, mampu habis ke? Oh, lupa pulak kita kan dekat Malaysia, syurga makanan katakan!!. Hahaha. Korang nak tengok makanan yang kitaorang sediakan? 

Banyaknyer rezeki.

Korang nampak tak kuah spaghetti tu? Menarik tak? Hikhikhik senang jew masak dia. Korang nak try tak? Jap yew aku nak bagi bahan-bahan dia. Tapi kalau korang nak buat seafood pun takpe, tapi hari tu kitaorang guna daging cincang jew.

Bahan-bahan spaghetti daging :
Spaghetti (rebus dengan tambah sedikit minyak dan garam)
Daging cincang
Bawang Bombay (cincang dadu)
Prego sauce (traditional)
Sosej (potong bulat kecil)
Tomato (cincang dadu)
Sedikit kicap

Mula-mula korang panaskan minyak, tumis bawang bombang sampai naik bau. Lepas tu, korang masukkan daging cincang dan sosej, biar sebentar baru masukkan prego sauce. Lepas tu, korang masukkan sedikit kicap dan tomato, biar sampai mendidih. Senang kan?

Tu kalau nak masak spaghetti, kalau sandwich pulak lagi lah senang!!! kesedapan keju masih terbayang-bayang dalam otak aku sekarang nie!!! Hikhikhik

Bahan-bahan sandwich :
Roti keping
Sosej (potong dua)
Keju (sekeping or separuh)
Telur 

Senang jew rupanya buat sandwich nie, kalau korang nak tahu semua aku buat sendiri tau, Iena yang ajar aku. Mula-mula, kita ambik roti sekeping, tekan-tekan roti tu bagi lembut, sebelum tu korang kena basuh tangan biar bersih tangan tu, makan pun berselera nanti. Hikhik Lepas korang tekan lembut-lembut, letak keju diatas roti, kemudian letak sosej diatas keju. Lepas tu, korang gulung roti tu, sambil gulung korang tekan-tekan sikit biar dia tak terbuka masa goreng nanti. Sebelum goreng roti bersosej tu, korang mesti pukul telur kemudian mandikan sandwich tu dalam telur, baru korang goreng!! Goreng kejap jew tau, jangan lama-lama.

Okey, tu bahan untuk buat sandwich, kita beralih pulak bahan untuk buat puding caramel berlapis coklat. Banyakknya menu aku bagi kali nie, mesti korang penat nak baca kan? tapi takpelah mana tahu korang boleh buat lepas nie. 

Bahan-bahan puding caramel :

Bahan A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla.

Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur
4 sudu besar serbuk koko

Bahan C
2 sudu besar gula (hanguskan dan campur empat sudu besar air panas)

Cara-cara buat dia, korang campurkan semua bahan A dan B dalam bekas berbeza kemudian tapis bahan tersebut. Lepas tu, korang buat Bahan C, tapi sebelum tu korang sediakan tempat kukus dulu biar senang kerja korang. Kemudian, letak Bahan C dalam bekas yang korang suka seperti loyang, kemudian masukkan 3/4 adunan bahan A dan kukus. Biar sampai masak, baru korang masukkan adunan Bahan B. Kemudian bergilir-gilir letak bahan A dan B sampai siap. Senang kan?

Inilah hasilnya. Cantikkan?