PENGIKUTKU.

Friday, June 29, 2012

Sambal Godok.

Assalamualaikum,

Hai korang, bertemu kita hari ini yew. Dalam aku sibuk-sibuk dengan urusan kerja, dapat jugak masa aku menaip entrie baru nie. Sebenarnya aku baru jew balik dari Tanjong Karang, macam biasalah kalau aku datang ke sana aku mesti cover Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Kali nie aku kena cover majlis penyampaian bantuan mesin kepada 611 peladang Parlimen Tanjong Karang.

Oleh sebab assignment aku petang, so aku masuk ofis dalam tengah hari selalunya aku dah bajet mesti habis kerja dalam pukul 9.00 malam. Iyelah Tanjong Karang beb, jauh tu. Program lak memang ar start pukul 2.30 petang tapi selalunya mesti lambat start. Masa aku tengah on the way nak pergi Tanjong Karang, aku belajar satu perkara tau!!! Belajar macam mana nak buat otak jadi kosong!!! Aaah, mesti korang tertanya-tanya kan? Sebenarnya aku nie jenis orang memikir jew, tapi hari nie aku cuba belajar macam mana nak latih otak tak pikir pape. Kosong jew dalam tempurung kelapa nie. 

Mula-mula aku buat memang susah sebabnya, banyak sangat bunyi masuk dalam otak aku. Tapi lama-lama bila aku fokus memang takde pape aku fikirkan. Serious, aku dah boleh buat. Kalau korang nak tahu pertama kali aku main benda nie dekat Petrosains, KLCC. Tapi masa tu aku kalah sebab aku tak fokus dan otak asyik memikir jew. Huhuhu Tapi kalau aku datang lagi dekat Petrosains, aku akan cuba benda tu lagi. Sangat hebat kan? Opss!!! kalau korang nak tahu perjalanan dari RTM ke Tanjong Karang memakan masa hampir satu jam setengah okey. Memang banyak masa aku practice ujian minda tu, tapi bila dah berjaya buat, mata terus mengantuk. Dan akhirnya aku terlelap hingga Tanjong Karang. 

Kalau korang nak tahu hari nie, tema biru jadi pilihan aku. Hahaha. Turun jew dari kereta orang kanan Datuk Seri Noh perli aku. Aiit, Sam biru hari nie!!! Lalala. Rupa-rupanya ada orang yang masih kenal dengan aku even aku berbaju serba biru hari nie. Wuak. Tapi memang orang Tanjong Karang sangat sporting beb!! Aku suka sangat datang dekat Tanjong Karang, walaupun agak jauh tapi suasana kampung tu yang memikat hati aku sampai dekat sana. 

Lepas jew habis sesi sidang media, aku terus pergi melantak dengan Azie. Memang perut tengah kelaparan tahap maksima. Dah tak pandang orang kiri kanan, mata pulak asyik tengok lempeng jew. Argghh, tanpa segan silu aku terus duduk sambil tangan dengan ringan menyepit lempeng lembut yang ada depan mata aku saat tu. Azie cakap orang Jawa memang suka makan lempeng dengan sambal godok Tapi sebelum nie aku pernah rasa sambal godok nie makan dengan ubi rebus. Perghhh!! memang terangkat ar. Sedap gila!! Nie pun salah satu sebab kenapa aku suka sangat buat kerja dekat Tanjong Karang.


Nie lah dia sambal godok!!! Memang sedap gila, kalau pedas lagi sedap. Nasib baik aku nie seorang yang gila pedas. Sambal godok nie memang favourite orang Jawa. Oleh sebab dekat Tanjong Karang nie ramai keturunan orang Jawa, maka sambal nie memang selalu menjadi juadah orang dekat sana. Hikhik Masa aku makan lempeng dengan sambal godok memang tak pandang orang sebelah lah. Azie pun aku dah lupa sekejap. Hahaha. Tapi sambal nie memang terbaik pernah aku makan selama hidup 26 tahun 9 bulan nie. Hahaha *nak jugak yang bulan tu yew, awet muda lah katakan* 


Gambar nie disnap oleh Encik Bob, orang kanan Datuk Noh. Sempat lagi dia suruh aku pandang Ipad dia, malunya, tengok ar banyak gila aku makan sampai semuanya nak letak depan mata. Iyelah, perut kelaparan sangat, dah tak pandang sape-sape janji kenyang. Hahaha Kalau korang nak tahu, kitaorang makan satu meja dengan Datuk Noh!! Datuk memang sporting sangat siap buat lawak lagi dengan kitaorang. Kenangan terindah aku. Sebenarnya bukan tak pernah makan semeja dengan Datuk tapi baru hari nie nak story mory dengan korang. Hikhikhik. 

Lepas jew habis melantak sambal Godok tu, aku terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sampai jew dekat ofis dah dekat pukul 7.00 malam, arghhh lewatnya sampai. Mana taknya penat merempuh jem. Biasalah petang-petang macam nie memang ramai orang balik kerja. Damn, lepas nie ape story aku nak naikkan erk? Lalala. Okey lah, sampai dekat sini jew sesi story mory aku hari nie. Lain kali aku cerita lagi yew. Ohh, esok ada majlis Santai Media Bersama Abang Noh dekat Shah Alam. Aku tak tahu lagi nak pergi ker tak. Pape pun nanti aku update kalau pergi sana yew. Okbai.


Wednesday, June 27, 2012

Tawaf Taman Tasik Perdana.

Assalamualaikum,

Perghh!!! Agak lama jugak aku tak update blog nie kan? Ermm, kemalasan aku semakin memuncak sejak akhir-akhir nie. Bukannya takde isu nak dilontarkan di sini, tapi jejari manis ku ini mula malas nak gerak-gerakkan keyboard PC nie. Arghh, lepas nie kena rajin-rajin lagi, tak boleh malas-malas lagi yew sebabnya ini sahaja tempat yang aku makin suka luahkan segala yang jadi diari kehidupanku sebagai seorang anak, kakak, pekerja cemerlang dan teman kepada korang semua.

Okey, tanpa banyak cerita yang meleret-leret, aku nak kongsi dengan korang pasal hari nie. Sebenarnya aktiviti nie dah lama aku tak buat sejak berakhirnya netball tournament antara rakan sekerjaku. Aku rasa macam malas nak bergerak sambil mengoyang-goyangkan kakiku ini. Makin lama makin malas aku nak buat aktiviti tu. Walaupun badan aku stabil tapi aku dah anggap badan aku dah sihat. Oit!!! Sam, kau ingat badan kurus tu sihat ker? Kalau kau tak bersenam jangan harap kau nak dapat badan yang segar. Ermmm, tu kata hati aku yew, maklumlah aku nak stay maintain tapi malas nak bersenam. Huhuhu.

Dalam bulan Februari lalu, aku ada buat pemeriksaan badan yang dapat kesan tahap keseimbangan berat badan dengan ketinggian kita. Sebenarnya, itu kali kedua aku buat!!! Seingat aku, kali pertama aku buat masa pemeriksaan percuma dekat Wisma Radio last year. Hikhik. Dah lama tak buat medical checkup nie rupanya. Hikhik Jap aku ada snap picture tahap keseimbangan badan aku hari tu.

 
Aah, yang nie lah picture pasal keseimbangan badan aku. Hebat kan alat nie, dia dapat scan semua dekat badan aku. Korang tengok dekat bahagian yang bertanda * semuanya bertanda Desirable Range tapi cuma tang Skeletal Muscle jew yang Low. Huhuhu Kiranya aku nie jarang bersenam, tu yang skeletal muscle aku menurun. So, lepas nie aku kena selalu bersenam untuk naikkan peratus skeletal muscle aku sebab yang lain aku takde masalah semua okey.

So, hari nie aku dah tekad nak bersenam tiga kali seminggu. Huhuhu Alamak, dah lama sangat aku tak berjogging tau!!! Memang berkurun lamanya, badan aku tak keluar peluh, selalunya peluh-peluh manja jew singgah dekat kulit aku nie. Tapi hari nie,  peluh-peluh garang berjaya keluar dari kulit aku lepas berjogging di Taman Tasik Perdana. Kalau korang nak tahu, aku bergerak ke sana lepas jew habis kerja. Pakai baju simple jew, T-shirt dan seluar track-suit jew lagipun just nak berlari bukan nak ngorat sape-sape. Hikhik.

Mula-mula aku ingat boleh berlari dalam masa 30 minit, ermm berlagaknya kan? Tapi aku hanya berjaya lari 3/4 bulatan Taman Tasik Perdana jew. Huhuhu Memang aku tak larat masa tu, bercungap-cungap lah jugak, almaklum lah dah lama tinggal aktiviti bersenam nie kan? Ahdoi, bila dah tak larat, aku just jalan jew. Lepas penat aku hilang, aku cuma mampu berlari anak!!! Huhuhu Letihnya berlari kan? Kira hari nie tak mampu lah aku nak tawaf satu Taman Tasik Perdana, takpe mungkin lain hari aku mampu tawaf Taman Tasik Perdana tu. Hikhikhik Insyalllah. 

Lepas jew selesai berjogging, aku terus main-main jap dengan peralatan yang disediakan dekat Taman Tasik Perdana tu. Memang best bila semua anggota badan aku bergerak-gerak. Selesa sangat-sangat, tapi aku yakin esok mesti sakit seluruh badan aku nie. Maklum lah dah lama tak bersenam. Huhuhu Balik jew rumah, aku terus mandi, terasa segar jew badan nie. Lepas nie kena bersenam lagi biar maintain jew setiap hari. Lepas aku mandi, aku makan nasi dan terus tidur okey!!! Mengantuk gila lepas berjogging nie. Tak tahu lah aku bangun ker tak esok pagi. Dah lah pagi nanti ada perlawanan Euro antara Sepanyol dan Portugal!!! Huhuhu. Harap-arap aku terjaga pagi nie yew. 


Wednesday, June 20, 2012

Stable Steak House, Kampung Baru.

Assalamualaikum.

Hai korang, sempat jugak akhirnya aku nak update blog nie. Kalau korang nak tahu lepas jew habis kerja hari nie aku terus bergegas nak pergi tengok wayang. Tapi harapan aku hampeh sangat-sangat, rupa-rupanya dekat cinema tu dah stop cerita Piranha!!! Oooh, tidak!!! aku memang dah mind set nak tengok cerita tu minggu lepas, tapi entah kenapa aku asyik tangguh jew hajat tu. Menyesalnya tak pergi masa aku off hari tu!!! Arghhh, dah laa aku malas nak tengok dekat cinema lain sebab aku dah mula selesa dekat cinema yang satu nie. Memang tenang jew dekat situ.

Lepas jew tengok jadual cinema tu, hati aku ingat nak tengok cerita lain. Tapi bila pikir balik takut tak syok lak cerita tu. So, dengan gagahnya aku berlalu dengan hati yang sayu!! My piranha!!! Baru terbayang-bayang ikan tu dok buka mulut sambil nak terkam aku, rupanya hanya mimpi semata-mata. Huhuhu Kempunan aku nak rasa kehangatan terkaman piranha tu. Bila tengah jalan nak pergi parking, tiba-tiba otak aku ligat teringat steak dekat Kampung Baru. Dah lama rupanya aku tak jamah steak dekat situ. Nama dia Stable Steak House.

Masa aku on da way nak pergi Stable Steak House nie, tiba-tiba BB aku takde battery pulak. Huhuhu napelah aku tak change masa dekat ofis tadi. Melepas lah nak snap picture steak nanti. Huhuhu Tapi takpelah aku try cari dekat google mana tahu ada gambar Stable Steak House kan? Boleh jugak korang tengok kedai dia okey ker tak. Hikhik So far, aku dah banyak kali jugak makan dekat sini, memang selesa dan terbaik steak dia. Jap nak try cari gambar. Hikhik



Aaah, picture yang nie jew aku mampu curi dekat google. Huhuhu menyesal pulak tak bawa my baby tu. Kalau tak mesti cantik gambar aku nie. Tapi takpe lah nak buat cam ner kan, benda dah jadi. Kesal sangat-sangat hati nie. Ermmm. Okey, takpe taknak cerita pasal kekesalan hati nie. Sekarang nie kita cerita pasal Stable Steak House jew, apa yang istimewa dekat sana yew? 

Firstly, aku nak story pasal service dia, memang tip top sangat!!! Sebelum korang order makanan, air putih sejuk dan kacang mesti akan siap terhidang dekat korang. Kira masa tengah dok usha menu-menu menarik tu, korang boleh kunyah-kunyah kacang tu sebelum makanan sampai. Lepas jew korang order makanan, roti lembut akan terhidang atas meja. Yang nie memang favorite aku sejak dulu lagi, roti dia lembut jew ditambah dengan majerin yang sedap!! memang best!!! Opss, lupa nak bagitahu korang, aku order Lamb Sizzling yew. Nie first time nak rasa lamb pulak, selalunya aku makan Beef Steak Sizzling. 

Kalau korang nak tahu apa-apa yang belakang dia Sizzling niew, bila diorang serve memang best sebabnya dia akan tabur kuah blackpepper depan korang tau!!! Seriously, siap terpecik lagi dekat tangan aku, memang panas lah cerita dia. Tapi sepanjang aku dah makan dekat sini, memang yang nie lag jadi favorite aku sebab bila makan terasa panas-panas lagi. Jap nak try google lagi mana tahu ada picture ala-ala sizzling nie kan?


Aah, akhirnya jumpa jugak!!! Macam yang aku cakap tadi lah, dia curah kuah blackpepper tu depan korang. Korang tengok asap tu? Menarik kan? Rasa kuah dia manis-manis tapi kalau masin sikit aku lagi suka sebabnya aku nie kureng sikit makanan manis-manis nie!! Korang tengok tomato dia tu, besar kan? Aku memang suka makan tomato, siap simpan lagi sebab nak menikmati tomato lepas habis daging tu aku ratah. Hikhikhik Yang tu memang sifat aku sejak azali lagi, makan benda yang menarik lepas semua makanan habis aku makan!! Baru lah terasa nikmat dia. Aku lepak dekat Stable lama jugak dalam satu setengah jam. Lepas jew habis tengok berita, aku terus bergerak ke Cheras pulak. Ada benda nak dibuat dekat sana, tapi tak buat jugak sebabnya kedai tu tutup!!! Ermm, sape suruh lambat sangat lepak makan? Kan dah tutup. 

Okey, setakat nie jew tempat makan yang aku pergi hari nie. Kalau korang nak rasa keenakan steak nie, korang boleh lah berkunjung dekat Stable Steak House nie. Nak cari dia senang jew, dia dekat dengan LRT Kampung Baru. Mesti korang jumpa punyer, lagipun restoran dia tepi jalan jew. Signboard pun diorang sediakan. Aku sarankan korang datang sini sebab steak dia memang the best!!! Rugi kalau tak cuba. Hikhik

Monday, June 18, 2012

Baju Vietnam.

Assalamualaikum,

Lamanya tak updates blog nie, walaupun aku agak busy minggu lepas tapi baru hari nie aku berkesempatan menaip dalam ini blog. Ermmm, sebenarnya takde benda yang menarik sangat nak dikongsi dengan korang. Opss, jap-jap aku nak fikir kejap. Ahhh, ada lahh!! Satu peristiwa yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 

Kisah baju Vietnam. Yup!!! Baju Vietnam, mesti korang ingat aku baru pergi ke Vietnam kan? Hahaha takde rezeki lagi aku nak jejak kaki dekat negara tu. Tapi seseorang yang amat aku hormati, cehwah!! Dia lah yang berjaya jejakkan kakinya dekat bumi Vietnam baru-baru nie. Dengkinya dekat dia!! Nak pujuk rayu bawa sekali tak berjaya, mana takknya dia ikut group la pulak semuanya teman sekerja. Hampeh!!

Sebelum dia berangkat, seingat aku dalam beberapa hari menjelang hari tersebut. Dia telah mengunjungi aku, bukan sebab nak buang rindu tapi ada niat disebaliknya. Ermmm, si merah aku berjaya ditawannya!!! Iyelah orang nak pergi holiday kan, kalau tak bawa camera memang sia-sia jew holiday tu. Huhuhu Kenapa lah aku dia tak bawa sekali? Bukannya berat sangat, kalau letak dalam beg agak-agak kena tahan tak sebelum melepasi sempadan!!! Hahaha, memang kena saman lah kan!! Huhuhu.

Tapi awal-awal lagi aku dah ingatkan dia, jaga my baby leklok tau!!! Jangan kasar-kasar dengan my baby sebab aku baru pakai sekali jew. Hahaha. Itu kira nasihat yang aku titipkan sebelum dia guna my baby. Tapi aku percaya dia pandai jaga barang, lalu kepercayaan aku semakin tinggi dan akhirnya aku setuju nak bagi pinjam. Sebelum sempat dia beredar balik, satu soalan dia utarakan dekat aku. 

Dia : Kau nak apa-apa tak?
Aku : Taknak, asalkan kau balik dengan selamat dah lah.

Perghh!!! Hipokrit betul kau Sam!!! Dah orang tu offer nak tolong belikan, yang kau pulak bongkak sombong tu apsal? Ahdoi, melepas lah aku nak dapat ole-ole dari Vietnam. Sempat jugak lah tampar manja dekat bibir yang ada tahi lalat manis nie jap!!! Ahhh, nape lah aku boleh hipokrit dekat mamat nie erk!!! Dah ar bagi pinjam my baby tu free, takkan lah dia tak ingat dekat aku kan? Mula berfikir sejenak.

Kalau korang nak tahu, dia pergi tak lah lama sangat. Ahad gerak, hari Rabu dah balik. Ermm, empat hari jew, sempat ker nak tengok seluruh Vietnam tu? Hahaha. What ever!! Tapi masa dia pergi shopping dekat Night Market, ada jugak dia send gambar baju dekat aku guna BBM. Ermm, tak terpikir pun dia nak belikan untuk aku sebabnya mesti ramai yang order dekat dia. Siap tanya yang mana okey, nak pilih cam ner, kain mana yang jadi trend wanita masa kini!! Ader ker patut tanya dekat aku? takkan takde kawan-kawan perempuan dia dekat sana? Tapi takpelah bukan selalu pun dia tanya pasal benda-benda cam nie. Amat jarang sekali okey!!!

Ermm, sepanjang dia dekat Vietnam tu memang status BBM dia aktif sekali, siap letak picture dekat sana lagi. Seriously, aku jealous sekali. Hati cakap nak ikut, tapi takpe lah lain kali jew. Huhuhu Masa dia balik ke Malaysia, aku memang tak tahu pun. Tup tup dia dah sampai dekat rumah. Ermm, takpe aku bukan risau dia, tapi aku risau my baby. Macam mana lah nasib dia sepanjang journey dekat Vietnam tu kan? Rindunya dengan si baby merah tu. 

Penantian aku memang panjang nak tengok my baby, sebabnya lepas dia pergi Vietnam. Dia bergerak pulak ke Kedah!! Wedding member kitaorang, dia cakap nak snap picture pulak dekat sana. Ermmm, layan kan aje lah yew. Bukan selalu pun dia pinjam barang aku, nie lah first time dia buat cam tu. Lagipun aku tengok dia suka camera, so biarkan dia bermain sejenak dengan my baby. Korang nak tengok picture yang berjaya dia snap sepanjang dekat Kedah tu? Jap nak selongkar FB dia, hikhik 

Sedih plus gembira lepas sah bergelar isteri

Keserian pengantin baru terserlah, katanya.

Makan beradap.

Pandai jugak mamat nie snap picture, tak sia-sia aku bagi pinjam my baby. Dia pun siap mengedit lagi gambar-gambar nie, memang terbaik lah hasil tangan dia. Opss, lupa pulak nak wish!!! Congrats Pja dan Zam, semoga bahagia dan kekal selamanya hingga ke syurga. Amin. Kalau korang nak tahu aku suka sangat dengan gaun si Pja nie. Comel kan?

Berbalik dengan cerita utama, dia bagi my baby aku Isnin minggu lepas. Kalau ditambah ditolak didarab dan dibahagi, dia dah pinjam my baby dekat seminggu okey!! Lamanya kan? Sebelum dia bagi my baby, aku dengan tak malunya berBBM sambil memujuk rayu bagi my baby secepat yang mungkin. Hahaha Kejam kan? Macam tak ikhlas jew caranya tu, siap tanya bila nak bagi my baby. Hampeh betul perangai Sam nie!!! Tapi nasib baik dia cepat-cepat faham, dan dengan cepat save picture dekat komputer.

Seperti yang dijanjikan, akhirnya dia setuju nak bagi my baby lepas main bola!!! Ermm, penatnya aku tunggu macam tunggu bulan jatuh dekat atas riba pulak. Lambatnya masa berlalu, tapi hati semakin risau jew. Huhuhu Selagi my baby takder dekat tapak tangan, selagi tu hati mula tak keruan. Tapi tepat pukul 9.00 malam, akhirnya kereta dia sampai. Hikhik Kalau hari tu dia just ambik jew my baby, tapi kali nie dia ajak makan pulak sebabnya banyak kisah nak diselongkar sepanjang dia dekat Vietnam dan Kedah.

Tapi sebelum bergerak nak pergi makan, dia sempat tunjuk dekat aku my baby. So far, my baby okey jew, semua barang ada, cuma ada sikit yang kureng!!! Kunci beg dia tiba-tiba berjaya menghilangkan diri masa dia dekat Vietnam!!! Ahhh, tapi takpe janji my baby okey, setakat beg jew nanti boleh beli yang baru. Hikhikhik. Kitaorang makan dekat sup herba jew, lagipun dia tak pernah makan dekat situ. Masa tengah on the way nak ke sana, dia sempat campak beg color-color dekat aku. Sentap okey, dia bukan bagi tapi campak!!! Perghh, ganas gila mamat nie. Patut lah sampai sekarang nie takde awek lagi, lalalala.

Bila dia campak, aku malas nak tengok sangat dalam tu ada apa. Tengok sekali, lepas tu aku simpan dekat seat belakang. Lepas tu, dia terus cakap tak nak tengok ker apa yang ada dalam tu. Huhuhu Tahu pulak nak suruh aku usha lama-lama benda tu kan? Demi jaga hati mamat nie, aku belik-belik jugak barang dalam beg color-color tu, rupa-rupanya baju kurung Vietnam!!! Color coklat dan pokodot!!! Baju nie kalau aku pakai memang nampak lain lah sangat-sangat sebabnya aku takpernah lagi pakai baju pokodot. Dalam hati tiba-tiba terdetik, ingat jugak mamat nie dekat aku rupanya. Mungkin nie kira ganjaran sebab bagi pinjam my baby kot!!! Hahaha. By the way, thanks beb memang lawa baju tu tapi kau beli saiz M, besar sikit dengan aku tapi takpe nanti ako bagi kecik sikit yew. ;)


Baju Vietnam nie aku dah pakai hari Khamis yang lepas. Ramai orang puji baju nie, dorang cakap lawa. Siap tanya aku beli dekat mana lagi. Perghhh!!! Memang dia pandai cari baju la, len kali kalau dia pergi mana-mana aku nak order baju dekat dia lah. Tapi kali nie aku taknak hipokrit lagi!! Sudah cukup sudah, buang semua kehipokritan ku nie demi mendapat ole-ole lagi!!! Hahaha.


Wednesday, June 13, 2012

Kewartawananku.

Assalamualaikum,

Hai korang, sory sangat-sangat dah dekat dua hari aku tak update blog nie. Bukannya takde benda yang menarik nak dikongsi tapi sebab kekangan masa!! Terlalu padat masa aku, dari pagi sampai ke petang memang sangat letih dua hari lalu. Mana taknya, hari Isnin lalu, aku bergegas ke Tanjong Karang katanya ada jeti haram dekat Kampung Bagan Pasir. Biasalah, kalau janji pukul 10, pukul 11 lebih barulah nak mula interbiu pengadu. Nasib baik kali nie, Azie turut serta dalam ini kerja. Kalau korang nak tahu Azie nie wartawan Sinar yang memang jaga kawasan Tanjong Karang. Meriah lah kalau ada member nie, kitaorang siap pergi jelajah jeti haram tu wei!!! Seriously, amat menakutkan masa naik jeti haram tu, kalau korang nak tahu, kecik jew kelebaran jeti tu, lepas tu papan kayu jew semata-mata dia guna. Perghhh!!! paling aku cuak masa nak patah balik ke darat, tiba-tiba jeti tu macam nak patah, kecut perut aku dengan Azie. Siap tarik-tarik baju Azie, huhuhu nasib baik tak jatuh dalam selut paya bakau tu. Selamat baju kitaorang!!!


Dalam gambar tu lah Puan Azie, sempat lagi kau berposing yew. Lepas jew berpeluh-peluh akibat kepanasan di tepi jeti tu, kitaorang tiba-tiba dapat offer baik dari Encik Mazli. Dia nie orang kuat dekat Bagan Pasir, memang langkah kanan kitaorang datang sana. Encik Mazli siap nak berbelanja kitaorang makan seafood lagi. Bestnya, walaupun aku kena bergegas buat follow-up pasal mangsa ribut, tapi aku sempat lagi menjamah makanan tu. Memang terbaik sangat-sangat!!! Paling aku suka minum teh cina, walaupun cuaca panas, tapi bila minum jew tak rasa panas pun. Segar jew. Selain itu, udang goreng, ikan kukus dan lala dia sangat sedap!! Makan sampai licin woo.


Sebelum makan, aku sempat jugak snap gambar dekat kawasan restoran tu, memang cantik dekat sana. Tenang jew, teringin aku nak duduk dekat sana lama-lama. Kalau korang nak tahu, aku nie memang suka sangat laut!!! Tak tahu kenapa tapi bila tengok laut hati rasa tenang jew, jiwa pun rilex jew. Hikhikhik.




Lepas jew perut kenyang, aku bergerak terus ke Bandar Tanjong Karang. Nie pertama kali nak berborak dengan Encik Jasman, Setiausaha Sulit Dato Seri Noh Omar. Dia lah yang akan bawa aku ke rumah mangsa-mangsa ribut sekitar Tanjong Karang. Nasib baik Encik Jasman bagi kerjasama yang sangat bagus, senang kerja aku. Mekasih yew Encik Jasman. Hikhik Sambil-sambil buat follow-up, sempat jew aku posing dengan mangsa ribut. Lagipun, pembantu Encik Jasman, Encik Bob pun rajin snap gambar aku. Hikhikhik

Kak Dayah, Kak Sal dan Aku.

Encik Bob yang sebelah kiri aku tu. 

Masa tengah interbiu

Aku pergi melawat dalam tiga rumah, memang teruk aku tengok. Habis bumbung rumah diaorang nie terbang, kalau tak salah aku, kali nie memang terburuk dalam sejarah. Kesian kan dekat diaorang, tapi takpe Dato Seri Noh dah bagi bantuan secepat yang mungkin, sebab tu lah kebanyakan mangsa berasa lega dan bersyukur dengan bantuan tu. 

Itu cerita hari Isnin, cerita semalam pulak kisahnya tentang Forum Air Selangor 2012, kerajaan negeri Selangor buat dekat Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Awal-awal lagi aku dah naik KTMB sebabnya nanti cameraman ambik dekat stesen Shah Alam. Senang sikit katanya. Hikhik Forum tu start pukul 9.00 pagi, dan kalau korang nak tahu aku terpaksa tunggu sampai habis forum. Huhuhu. Dekat pukul 5.30 petang baru aku bergerak balik ofis. Kenapalah masa closing forum tu buat lambat-lambat sangat sampai aku tak kira berapa banyak gula-gula yang aku telan!!! Memang menguji kesabaran aku lagi tugasan semalam. 

Tapi hati aku rasa senang sebabnya ramai member-member wartawan ikut serta dalam itu forum. Kira taklah aku kebosanan, ada jugak lah aktiviti menyakat rakan-rakan lain. Bila aku lepak-lepak sambil dengar forum air tu, memang terpikir jugak kenapa lah diaorang nie suka buat forum sampai ke petang. Kan senang kalau habis lepas lunch hour. Hikhik Nie kes sebab malas nak tunggu lama-lama sambil buang sisa-sisa masa dalam dewan. Arggh!!! sabar jew lah yew.

Lepas jew balik dari assignment, tanpa menukar baju formal aku gigihkan kaki nie bergerak ke Stadium Shah Alam. Beb!! Semalam, Malaysia lawan Singapore okey. Memang taknak terlepas kali nie menyaksikan kehebatan Safee Sali. Teruja sangat-sangat!! Malaysia memang terbaik sebabnya Singapore berjaya dibaham Harimau Malaya 2-0 siot!!! Tak sia-sia aku datang macam ahli korporat!!! Hahaha. Hidup Harimau Malaya.


Okey, untuk hari nie pulak, aku kena cover Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Seri Mohd Shafie Apdal dekat Intekma Resort, Shah Alam dalam majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang KEMAS Negeri Selangor Tahun 2012. Takde yang seronok sangat, cuma aku mengantuk!!! Siap kena perli dengan Dato Seri lagi, mana takknya aku duduk depan sekali. Rugi pulak duduk depan nie, tak boleh nak lelap jap. Argghh!!! malunya. Hikhik


Sunday, June 10, 2012

KL Festival City Mall.

Assalamualaikum,

Hai, hari nie aku ada kisah nak kongsi dengan korang. Terlalu banyak benda yang menarik dah terjadi hari nie, memang aku tak sangka dan tak pernah terpikir dalam satu masa aku dapat jumpa semuanya. Perghh!!! Rezeki la tu. Cewah!! Untuk pengetahuan korang, hari nie memang aku dah plan nak tengok movie, cerita cartoon jadi pilihan kali nie iyelah dah bosan asyik tengok filem aksi ganas jew, kali nie tukar selera pulak. Madagascar Three, Europe's Most Wanted. Memang kelakar cerita nie, perkara mustahil pun boleh terjadi rupanya!!! Hebat betul cartoon nie, especially harimau tu yang boleh tembus gelung sekecil cincin? Hahaha memang tak sangka sangat-sangat. Dari awal sampai akhir filem aku tak berhenti ketawa!! Memang menyeronokkan.


Lepas tengok wayang, aku bergegas nak pergi KL Festival City Mall, dalam hati tiba-tiba nak makan dekat Seoul Garden. Sebenarnya, ada yang lagi dekat, tapi entah tiba-tiba teringat KL Festival City Mall. Lagipun, aku memang tak pernah jejakkan kaki nie dekat sana lagi, walaupun kerap kali lalu tepi jalan tapi belum berkesempatan nak masuk. So, hari nie aku rasa nak try tengok apa yang best dekat sana!!! Aku dengar dekat KL Festival City Mall nie ada karaoke, perghhh!!! Memang terbaik lah shopping mall nie. Hikhikhik

Masuk jew KL Festival City Mall, aku terus cari Seoul Garden, kalau korang nak tahu Seoul Garden nie macam steamboat lah tapi yang bestnyer dia ada grill sekali. Memang terbaik sangat-sangat!!! Aku makan sepuas-puasnya, paling suka sekali daging panggang. Bila daging dah masak ranum aku ambik salad dan aku susun cantik-cantik daging dekat tengah salad tu. Lepas tu, aku gulung-gulung salad tu bersama daging panggang, jadi macam sup bunjut adabi. Bila dah cantik jew, aku suap dalam mulut rasa dia memang terbaik lah!! Kata makan dekat kedai korea, so kena lah makan macam orang korea!! Hahaha.


Habis jew makan dalam dua jam, aku berjalan-jalan sekitar KL Festival City Mall. Tengah berjalan-jalan tu, tiba-tiba terdengar suara Remy Ishak, Perghh!!! Ada majlis ulangtahun In-Trend rupanya. Selain Remy Ishak yang macho tu, ada jugak Scha AlYahya!!! Cantiknya dia, aku minat sangat dengan lakonan dia yang bersahaja tu. Memang rock la kak Scha. Tiba-tiba dalam hati aku kalau ada kak Scha, mesti ada abang Awal kan? tapi masa aku tengah lepak-lepak sambil tengok konsert tu, aku tak nampak pun kelibat abang Awal. Tapi kalau korang nak tahu, aku tak sempat pun tangkap gambar dengan kak Scha, huhuhu Sedihnya sebab aku rasa segan pulak dengan dia, lagipun dia nampak busy jew. Mana taknya dia kan MC masa tu, taknak lah kacau dia tengah buat kerja. Tapi, aku sempat bergambar dengan idola aku masa dulu-dulu, Datin Norjuma!!! Memang dia sangat gorgeous sangat-sangat. 


Sebenarnya, memang aku meminati Datin Juma nie sejak dia mula-mula berkecimpung dalam dunia pengacaraan lagi. Nie kali kedua aku jumpa dengan dia, kali pertama masa tu dekat rumah bos aku dekat Melaka dulu. Waktu tu dia baru jew kahwin dengan suaminya tu, kira majlis menyambut kesyukuran sempena perkahwinannya. Hikhikhik. Masa tu umur aku baru jew 20 tahun, so lepas tujuh tahun baru aku jumpa Datin Juma lagi. Masih seperti dulu lagi, cantik dan menawan. Dia nie idola aku tau!!! Walaupun aku tak dapat bergambar dengan Scha tapi aku tak sedih sangat sebabnya aku dapat jugak jumpa dengan abang Awal!!! Akhirnya, aku dapat jugak tengok abang Awal dari dekat!!! Hensemnya dia, bertuah kak Scha. Aku nie salah sorang peminat diaorang tau. Walaupun tak dapat bergambar dengan diaorang, tapi aku rasa puas sebab dapat tengok diaorang depan mata secara live!!!


Gambar nie aku ambik dekat FB SchAwal. Hikhik Sory akak and abang, terambik satu picture. Tapi ini lah baju yang diaorang pakai hari nie!!! Sangat sweet kan. Kak Scha memang cantik sangat!!! Bertuah abang Awal. By the way, aku akan selalu meminati korang sampai bila-bila!!! Muah, muah, muah xoxo dekat kak Scha, Opss!! abang Awal tak boleh nanti kak Scha marah!!! Hikhik.



Saturday, June 9, 2012

Takziah Keluarga Mustaghni Tabir.

Assalamualaikum,

Hai korang, ermmm letihnya hari nie. Kalau korang nak tahu kenapa aku letih, ada kisah disebalik semua keletihan ini. Semalam, dari pukul 1.30 petang hingga pukul 9.00 malam aku berkampung dekat Klang. Dalam pukul 1.00 petang, aku terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang lepas dapat berita kematian anggota trafik, Koperal Mustaghni Tabir kira-kira pukul 11.45 pagi.


Ini pertama kali aku cover kematian, sebelum nie aku cuma cover orang sakit jew. Masa aku sampai dekat bilik mayat, rakan media lain dah duduk berkelah dekat depan jalan utama masuk ke bilik mayat. Hikhik macam kelakar pulak diaorang nie, kesian pun ada juga. Lepas aku interbiu isteri dan anak Allahyarham, aku ikut join dorang semua duduk lepak dekat luar. Tengah duduk-duduk sambil menikmati udara hospital tiba-tiba aku nampak kelibat Syida. Yup!! sejak jumpa Syida dekat Kelantan aritu, aku dah lama tak jumpa dia. Huhuhu Rindu banget sama kamu!!! Syida datang dengan Siti, Siti nie budak baru dekat Utusan. Tinggi dan muda dari aku. 

Kalau korang nak tahu, kitorang lepak dekat bilik mayat dari pukul 1.30 petang sampai pukul 5.00 petang. Pergghh!!!! nasib baik lah ada member kitaorang belanja minum siap beli air dan roti lagi. Syukur sangat-sangat, rezeki masa dekat bilik mayat. Kesabaran mengajar aku lagi kali nie. Arghhh!!! Lepas jew kitaorang tahu maklumat dekat mana jenazah akan disembahyangkan, kitaorang terus bergerak keluar dari bilik mayat tu. Dah tak lalu nak duduk lama-lama dekat sana, so kitaorang terus menuju ke McDonalds. Ambik kau, siap pergi makan lagi, orang dok sedih-sedih kitaorang pergi bantai makan!! Kalau korang nak tahu, nie lah kerja aku selama nie, menunggu, menunggu dan terus menunggu. 

Tapi takpe demi tugas aku rela menunggu lagipun tak bosan pun sebabnya ada member yang boleh ajak berjimba sekejap. Aku just makan ayam McD, beli yang set. Satu aku makan, satu lagi aku bagi dekat adik naufal. Kesian dekat dia. Masa tengah makan tu, kepala asyik pusing tengok jalan jew, mana tahu van jenazah dah sampai. Tapi banyak kali pusing, tapi hampa jew sebabnya motor polis pun kitaorang tak jumpa. Dekat dua jam jugak lah kitaorang tunggu dekat McD tu, nasib baik dekat jew dengan Surau Ar-Rahimiah, Pangsapuri Polis DiRaja Malaysia, Taman Sri Andalas, Klang. 

Bila van jenazah dah sampai dalam pukul 6.20 petang, aku ingat nak terus disemadikan. Rupa-rupanya, lepas solat maghrib!!! Perghh, lagi menguji kesabaran aku nie. Sabarnyer hati dan otakku. Tapi nasib baik Syida dan Siti ada. Kitaorang lepak dekat kedai mamak, minum lagi lah cerita dia. Tapi kali nie, abang-abang polis trafik yang belanja kitaorang minum. Mekasih yew, abang-abang polis semua.


Dalam kitaorang tengah duduk lepak tepi jalan, sempat lagi aku bergambar dengan Syida. Almaklum dah lama tak berjumpa, nie kira cam jejak kasih lah yew. Hikhik Nampak tak muka aku yang berminyak tu? Mana taknya dari tengah hari sampai ke petang. Dah cam apa jew, tudung pun dah senget-senget!! Hahaha, selekehnya aku kan. Ala, bese lah cover berita kematian, mana ada masa nak berlawa-lawa, kena lah hormat majlis.Nasib baiklah aku pakai baju putih, kira sesuai dengan tema kematian la, cuma color tudung tu jew, cam meriah jew!!! Hahaha

Tepat pukul 7.45 malam, jenazah diarak ke Tanah Perkuburan Islam, Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa. Perghh!!! Ramainya orang!!! Sampai dekat tanah perkuburan, aku tengok jentera dah siap menanti, jenazah selamat disemadikan pukul 8.20 malam. Aku sendiri menyaksiakan detik-detik tu satu persatu. Sedih dan terkilan pun ada dengan nasib Allahyarham. Aku berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. Amin. Aku juga nak ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham, harap redha dengan pemergiannya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa Allahyarham.


Lepas jew selesai semuanya, aku terus bergegas balik ke ofis sebabnya story nie nak kena siar pukul 11.15 malam. Tergesa-gesa aku nak siapkan story nie, nasib baik simple jew. Sempat jugak lah aku edit dekat KL, so siap antar tape dekat abang Usop suruh edit lagi. Hikhik. Kerja macam aku nie memang seronok sebabnya aku dapat tahu dulu apa yang korang tak tahu, tapi kadang-kadang kerja macam nie memerlukan kesabaran yang tinggi!!! Sebabnya dia bermain dengan masa dan keadaan sekeliling. So, semalam memang hari menguji kesabaran aku masa tengah bertugas, tapi nasib baik ada kawan-kawan yang senasib memahami. Hahahaha.

Wednesday, June 6, 2012

Ayam Golek Nara Pantai Dalam.

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Hari nie, aku kena kerja pagi, so pagi-pagi lagi aku dah gagahkan diri bangun. Tapi aku terlewat sikit bangun, solat subuh pun dah suku-suku waktu. Hikhikhik Aku bangun lewat sebab semalam, tiba-tiba aku terjaga dalam pukul 1 pagi dan tak boleh tidur balik sebab hujan lebat. Argghh!!! benda tu lah yang paling aku tak suka sangat-sangat, memang aku nie kerap terjaga malam bukannya nak pergi toilet tapi entahlah susah aku nak terangkan dekat korang!! Sampaikan ada kawan-kawan aku pelik dengan tabiat aku nie. Hikhikhik.

Okey sebenarnya entri nie bukan sebab aku selalu jaga malam, tapi sebab semalam bapak aku belanja makan!! Langkah kanan aku, mana taknya balik kerja terus bapak cakap nak belanja makan, dapat bonus lah tu. Hikhikhik Kebetulan adik Nita puasa lagi, so lepas jew solat maghrib kitaorang terus bergegas menjamu selera dekat Ayam Golek Nara Pantai Dalam. Ada jugak orang panggil Ayam Golek Lima Bintang Nara Pantai Dalam, perrghh!!! Panjangnyer nama dia kan? Tapi ayam golek nie memang terkenal seantero KL nie. Dari dulu lagi aku memang dah makan ayam golek nie, rasa dia sama jew tak pernah berubah!! Hebat kan. Opss lupa pulak, ayam golek nie juga dikenali sebagai Ayam Golek Mek Som.


Yang nie lah ayam golek tu, comel kan? Nie masa dia tengah bergolek atas bara api, banyak jugak ayam yang dorang golek. Siap golek 360 darjah lagi, almaklum lah nak bagi ayam nie masak sepenuhnya. Kalau tak silap aku dulu, harga ayam nie dalam RM 8 hingga RM 10 jew, tapi sekarang nie harga dia mencecah sampai RM 20!!! Perghh!! Mahalnya ayam golek nie? Tapi takpe lah sebab rasa dia sangat sedap, dengan rempah dia, siap ditambah ketahanan orang yang masak nak jaga bara api lagi, kira berbaloi sangat-sangat.


Korang tengok ayam golek tu, cantik kan diaorang susun satu-satu sambil bergolek-golek lagi. Hikhikhik Bagi aku keistimewaan ayam golek nie terletak pada rasanya yang lain dan rempah ratus sebati dalam ayam tu. Ditambah dengan kelembutan ayam masa aku tengah tarik bahagian-bahagian ayam tu. Lagi satu, mungkin sos dia yang color merah tu. Tapi biasanya aku nie kureng sikit makan sos, jadi aku akan cicah masa-masa tertentu jew sebabnya aku lagi suka makan cam tu jew. Terasa sikit dia punyer rempah.


Selain aku makan ayam golek nie, kitaorang jugak order makanan lain. Set 2A untuk empat orang makan jadi pilihan kitaorang kali nie. Dalam set tu ada tom yam, kerabu mangga, sotong goreng tepung, sayur kailan, sup daging dan telur dadar. Ohh, lupa pulak nak bagitahu korang, selain kitaorang anak beranak, pakwe adik pun join jugak. Sibuk jew nak ikut kitaorang, kalau makan free laju jew. Bapak pulak asyik suruh dia makan jew, yang aku dengan adik dia tak ajak pun sampai aku merajuk dengan bapak!!! Ada ker patut!! Menyampah pulak, tapi adik asyik cakap aku merajuk, bapak pulak bila dah banyak kali adik cakap baru nak pelawa aku makan ayam tu. Senget kan? Huhuhu. Tapi takpe sebabya aku tak kisah pun dengan pakwe adik tu. Dah cam adik ipar jew. Hikhikhik Kalau korang nak tahu, kitaorang makan dalam RM 87.40 jew. Murah kan, okey lah tu untuk lima orang makan.

Kalau korang nak try makan ayam golek lima bintang nie, korang boleh telefon number nie 013-3869499. Kedai dia senang jew, betul-betul dekat tepi jalan belakang Angkasapuri. Kalau nak senang, gerai dia tepi Flat Bukit Angkasa bersebelahan dengan gerai nasi lemak. Jap, bagi alamat lagi senang kan.

Ayan Golek Nara Seafood
Jalan Besar, Taman Bukit Angkasa, 
Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan
59200, Kuala Lumpur.

Kalau korang malas sangat nak pergi terjah dan nak tahu pasal ayam golek nie or nak buat tempahan catering ker. Korang boleh terus hantar email dekat naraseafood@yahoo.com atau info@nara.com.my. Kalau rumah korang jauh dari Pantai Dalam, ayam golek nie buka branch dekat Taman Datuk Harun dan Puchong Permai. Hikhikhik So, aku harap korang dapat info-info nie sume yew, lagi senang lah korang nak makan ayam golek lima bintang nie!! Aku bagi lima bintang sebab ayam golek dia memang terbaik!! Takpernah lagi aku jumpa atau makan ayam golek sesedap nie dekat Malaysia. Perghhh!!! siap angkat tinggi-tinggi lagi, tapi itulah hakikat dia. Serious beb, wa tak tipu lu. Ini bukan cobaan tapi kenyataan.

Tuesday, June 5, 2012

Minah Ulam.

Assalamualaikum,

Hai korang, bertemu kita sekali lagi yew. Hari nie, aku nak story tentang makanan yang paling aku suka makan sejak kecik lagi. Hakikatnya, aku dah dilatih makan benda-benda nie semua dari dulu lagi, kalau nak sihat kena makan semua hijau-hijau nie. Petua dari bapak aku sendiri yew. Kadang-kadang bila fikir balik, betul jugak cakap bapak aku, aku dah nampak kesannya sejak aku amalkan dari dulu lagi. Aku memang gila dengan makanan tu.

Minah Ulam!! Dah boleh bagi anugerah tu dekat aku. Bukan aku jew gila ulam-ulaman nie, adik aku Nita pun suka sangat ulam-ulaman. Kalau kitaorang makan hujung minggu, mesti banyak jenis ulam yang kitaorang makan dah macan rupa kambing pun ada. Mana taknya, banyak ulam dari lauk, ditambah pulak adanya belacan. Peerghh!! Terangkat siot. Memang kalau ada ulam jew aku dah suka sangat, janji ada belacan!! Itu pun dah sedap, tak payah lagi lauk pauk yang lain. Memang pelik kan? Dalam family aku nie, cuma adik Zul jew tak suka makan ulam-ulaman nie, dia nie sorang jew pelik. Hikhik

Tapi itulah kegemaran aku, tak boleh nak hipokrit sebabnya aku memang pengemar ulam. Petai, antara benda wajib yang mesti ada dalam pinggan ulam masa makan tengahari. Korang sume tahu kan bau dia memang terbaik lah, tapi khasiat dia mengagumkan!!! Selalunya mak dan adik yang suka beli petai sebab diorang rajin pergi pasar malam or pasar pagi. Lagi besar petai tu, lagi suka aku makan. Siap cari petai yang mana besar lagi, yang kecik selalunya makan last-last!!! Hahaha. Selalunya aku suka makan petai nie mentah-mentah, kira yang tak masak lagi. Walaupun bau dia yang sangat kuat, tapi cara nak handle dia dengan makan gula-gula yang berangin!!! Contohnya jenama Halls, selalunya aku makan yang color hitam dan hijau. Hikhikhik

Petai

Selain petai aku paling suka makan jering!! Tapi cara aku makan jering lain sikit, aku kena rebus dulu jering tu, kalau tak rebus aku tak suka makan sebab rasa dia kelat-kelat. Kalau rebus, memang aku makan sampai habis jering tu. Rasa dia lagi sedap kot!!! So, memang aku rajin lah kalau nak siapkan jeringkan nie selalunya tugas aku memang rebus jering!!! Hikhikhik walaupun jering tak berbau sangat macam petai, tapi bila korang pergi toilet, baru korang tahu bau dia!!! Memang baik untuk sistem penghadaman kita, orang kata lah, aku ikut jew. Hikhikhik

Jering

Kalau bab daun-daun ulam nie, aku memang suka daun selom, pegaga, ulam raja dan pucuk betik. Memang aku suka melantak ulam-ulam nie. Rasa dia sangat sedap, taklah pahit sangat. Kalau daum selom, aku suka sangat makan bunga dia, siap bergaduh dengan adik aku sebab nak makan bunga dia jew. Teruk kan? Pegaga pulak, rasa dia manis-manis pahit tapi biasanya aku malas nak bersihkan sebab batang dia terbelit-belit susah nak susun cantik-cantik. Pernah jugak aku try buat jus pegaga, tapi cam tak boleh telan jew, bila fikir-fikir baik, dari aku minum baik aku makan jew taklah rasa dia semacam jew. Hikhikhik

Daun Selom

Pegaga

Ulam raja pulak, aku belajar makan masa dekat U dulu, dekat Kedah memang terkenal dengan ulam-ulaman nie. Dekat sana lagi banyak jenis ulam yang korang tak boleh dapat dekat KL. Selalunya kalau nak dapat pelbagai ulam, Kolej Muamalat memang jadi gedung ulam. Nasib baik masa last sem, aku dipindahkan secara paksa ke sana, dapatlah merasa ulam-ulaman orang Kedah. Memang terbaik lah!!! Tiap hari kot makan petai, tapi sebab taknak busuk satu bilik aku makan yang dah rebus. Walaupun tak sesedap yang mentah, kalau dah suka makan jew lah. Pucuk betik jugak masuk dalam senarai ulam-ulaman aku, yang nie bapak aku yang ajar makan, rasa dia pahit tapi bila makan panas-panas, sangat sedap!!! Kalau korang nak tahu, aku makan pucuk betik nie masa kecik dulu sebab bapak aku cakap kalau taknak nyamuk gigit, kena makan pucuk betik!!! Hahaha, bapak nie memang bagi pengaruh besar dekat aku dan adik Nita.

Ulam Raja

Pucuk Betik.

Kalau korang nak tahu, aku baru belajar makan biji kerdas. Seingat aku, tahun lepas aku baru try makan kerdas. Mula-mula adik aku cakap makan mentah-mentah, tapi rasa dia tak sedaplah. Lepas tu, adik aku rebus biji kerdas macam rebus jering, bila try makan baru boleh layan. Rasa dia memang terbaik lah. Hikhikhik Selain kerdas, aku jugak makan jantung pisang. Selalunya makan panas-panas lagi sedap, kalau dah sejuk jantung tu cam dah lebam sangat. Dah tak sedap!!! Mak aku lah yang ajar makan jantung pisang nie, mak memang rajin beli ulam-ulam nie. Mekasih mak!!! Sebab tu mak awet muda, macam kakak bila jalan dengan kitaorang!!! 

Kerdas

Jantung Pisang

Selain tu, aku jugak suka sangat makan peria. Selalunya peria nie kena rebus dulu, baru dia sedap. Aku takpernah lagi makan mentah-mentah tapi rasa dia yang pahit-pahit tu yang menaikkan selera makan!! Hikhik Kacang botol pun aku suka makan, selalunya adik yang pandai pilih kacang botol mana yang tua atau muda. Memang dia pakar dalam pilih-pilih nie!!! Rasa dia yang rangup bila dicicah dengan belacan memang terbaik!!! Timun juga jadi menu ulam-ulaman dekat rumah aku, tapi aku kurangkan sikit makan timun nie sebab dia kan sejuk, so anak dara tak elok sangat makan benda-benda sejuk nie!! Wahgitu!!

 Peria

Kacang Botol

Timun

Mesti korang pelik kan kenapa aku buat entri pasal ulam-ulaman nie, sebenarnya semalam aku puasa. So, tiba-tiba jew aku tertengok petai, rupa-rupanya kelmarin mak aku beli petai. Pe lagi, perasaan nak makan ulam membuak-buak, tengok dalam peti ais pulak ada jering!! Perghhh!!! Memang langkah kanan lah kan, siap ada timun lagi. Pe lagi aku pun gagahkan diri nie buat belacan walaupun tengah lesu. Takpe-takpe demi juadah puasa ulam, aku sanggup buat walaupun tak larat. Kebetulan pulak, adik aku pun puasa jugak!! Lagi semangat lah nak buka puasa sama-sama. Hikhik 

Akibat makan petai banyak sangat, hari nie aku tak puasa sebabnya nanti mulut bau petai ar. Lagi tak selesa aku nak bercakap dengan orang, nasib lah kan sape suruh makan petai banyak-banyak!!! Hahaha. Takpe-takpe, asalkan awet muda!!! Itulah rahsia awet muda aku, lepas nie kena cari calon suami yang boleh terima aku makan ulam-ulam nie, nanti dia tak tahan pulak bau-bauan wangi nie!!! Aku takkan hipokrit sebabnya kalau aku kawin dengan orang yang tak makan ulam, takkan aku kena stop makan ulam? Ahh, takkan terjadi perkara seumpama itu dalam hidup ku!!! Cewah!! Lantaklah, asalkan aku pandai cover bau-bauan tu!! Tapi kalau dapat bakal suami makan semua benda atas nie lagi bagus, senang hidup aku!!


Sunday, June 3, 2012

Tahniah Ida.

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Semalam, aku off day sebab nak spend time dengan Ida dan Farah. Untuk makluman korang, semalam Ida tunang!! Pergh, cam tak percaya jew Ida nak tunang. Ida dan Farah nie member aku masa dekat poly dulu. Masa tu kitaorang nie taklah rapat sangat tapi bila dah abis study, makin selalu jumpa pulak. Hikhikhik.

Aku datang awal dekat rumah Ida, saje jew nak lepak lelama dengan diaorang. Maklum lah dah lama tak jumpa kan. Dengan Farah lagi lama kot, dekat enam tahun tak jumpa sejak konvo dulu, tahun 2006. Sekarang nie dah 2012, tengok gila lama kan? Hahaha, tapi Farah tetap cam dulu lagi, brutal dan tegas!!! Opss lupa lak, tak sangka Farah pakai baju sama color dengan aku. BIRU!!!


Aahh, tengok tu betul kan? aku pakai senada dengan Farah. Kitaorang tak rancang pun nak pakai baju sama color. Pape pun Farah tetap meletop semalam. Opss!!! lupa pulak dengan orang yang cute tengah tu. Hikhik Dia lagi gorgeous!!! Tengok lah bunga ros color pink tu, naik seri kau Ida. Cantik sangat-sangat baju kau, aku tiba-tiba nak buat cam tu lak. Bukan untuk tunang tapi untuk hari raya, meletop kau!!! Hahaha.


Korang tengok aksi tunangan orang nie, cantik kan? Tiba-tiba tengok Ida makin matang lah, tak sangka lepas nie dah nak kawin. Sekejap jew masa berlalu, kalau dulu zaman study kita cam budak-budak jew. Tapi sekarang nie semua berubah, semua dah semakin matang dan tahu halatuju masing-masing. Aku tabik dengan korang semua. Hikhikhik. Tapi yang paling aku kagum sebab Ida sanggup berdiet demi majlis pertunangan dia!!! Dia memang hebat sebab sanggup tak makan nasi demi dapat badan yang diidam-idam masa poly dulu. Hikhikhik


Kalau korang nak tahu, Ida nie memang jenis yang kalau dia nak, dia nak sampai dapat!! Dia tahu apa yang terbaik untuk diri dia. Sebab tu dia akan buat bersungguh-sungguh demi memuaskan hati dia. Itu lah Ida yang aku kenal. Kalau Farah pulak, dia memang tegas. Walaupun sikap dia kasar sikit, tapi dia sangat baik hati dan tak sombong even dia kerja pramugari!!! Ohh, lupa lak, kalau aku tengok cerita Awan Dania, aku mesti ingat Farah sebab dia punya karakter sama jew. Seriously, cerita tu cam kisah si Farah!!! Hahahaha.


Alamak!!!! nape muka aku cam tu gayanya!!! Nie mesti tak sempat nak posing sebelum diorang snap, cam kelakar jew. Dak Ida pulak muka cool jew kan, iyelah tunang orang. Selekehnya muka aku tu, dah lah tak make-up, berminyak pulak tu tambah pulak bekas-bekas jerawat!!! Arggg!!!! Tapi memang aku tak suka make-up pun, cam berat jew muka nie bila dah tempek bedak tebal-tebal. Tapi make-up Ida memang awesome!!! 

Opss!!! Lupa pulak hari nie aku kerja, pagi-pagi dah kena pergi ofis sebabnya aku ada assignment dekat SUK, Shah Alam. Katanya, ada demontrasi mogok lapar. Jenuh jugak aku gagahkan mata masuk ofis dalam pukul 9.00 pagi. Alih-alih bila aku sampai dekat SUK, Shah Alam macam takde orang jew buat demo nie? Dalam otak asyik pikir, napelah diaorang nie buat hari Ahad, dekat SUK, mana ada orang kan semua cuti!!! Arghhh!!! lagi tension aku sebabnya kena tunggu dalam 45 minit semata-mata nak dengar cuma 8 orang yang buat bantahan!!!! Pe kes nie? Nie bukan bantahan tapi rayuan tak puas hati dekat kerajaan negeri. Tapi sebab kerja, aku pun buat jew lah takkan balik dengan tangan kosong tanpa apa-apa bahan. Membazir jew.

Lepas habis kerja, aku terus bergegas balik rumah sebab adik aku dah menanti nak pergi rumah orang kawin!!! Pergh, musim-musin cuti sekolah nie memang ramai orang kawin. Penat jugak lah, tapi selalunya aku datang bila ada masa terluang, kalau kerja aku memang tak dapat datang ar. Tapi ikut lokasi jugak, kalau sempat aku terjah jew!!! Hahaha. Hari nie aku pergi rumah Yatty, member adik aku tapi aku kenal jugak dengan dia cuma jarang bercakap. Tengah siap-siap nak pakai tudung, adik suruh aku bungkus hadiah pulak, rupanya dia sempat beli hadiah. Sengal!!! bukan nak bagitahu. Huhuhu. 



Kalau korang nak tahu, pukul 9.00 malam tadi ada Konsert Kenangan Sudirman 2012 bagi mengenang kembali lagu nyanyi  Sudirman. Aku nie salah satu peminat fanatik arwah, memang aku hafal lagu-lagu arwah. Sangat bangga dengan arwah, kalau arwah masih ada memang aku akan bergambar dengan arwah. Sebenarnya, aku memang nak pergi dekat Stadium Cheras tu, tapi sebab satu hal tergempak aku tak pergi. Tension dan rasa cam nak nangis jew. Mana takknya, Siti Nurhaliza ada siot!!! Aku nie memang minat gila dengan Dato Siti. Dari zaman dia anak dara sampai lah sekarang nie!!! Suka sangat tengok dia senyum, manis jew. Oleh sebab aku dah takde mood, so aku tidur awal hari nie. Malas nak pikir-pikir lagi!!! Dah lah konsert tak dapat pergi, memang sakit hati!!!