PENGIKUTKU.

Tuesday, March 22, 2011

Media Selangor Benam Cabaran Syabas.


Hikhikhik.
Syok tak baca entri aku nie.
Korang fikir pasal apa erk?
Ermmmm.
Bagi korang yang ikut perkembangan blog nie.
Mesti dah dapat jangka kan?
Nie mesti pasal futsal baru-baru nie.
Hahaha.
Hari ini berita pasal futsal tu keluar.
Surat khabar kosmo lagi.
Memang aku nie muka kosmo kot.
Hahaha.
Tak kisah lah kan.
Janji masuk paper!!.
Tajuk dia.
Futsal : Media Selangor Benam Cabaran Syabas.
Lokasi berita.
Bahagian Sukan beb!!.
Muka surat 54.
Hari nie 22 Mac 2011.
Selasa.
Benda nie aku tahu pun daripada Si Senget.
Semangat dia call aku.
Aku pulak siap tangkap gambar lagi.
Iyelah berita pasal aku main futsal beb.
Tak ker gempak.
Hahaha.
Nak tengok ker bingkisan akhbar tu.
Jap erk. 
Aku nak upload dalam blog nie.


Haaaah.
Korang tengok tak dekat atas nie.
Nie la berita dia.
Antek tak?
Smart tak gambar dia.
Nanti aku masuk kan gambar lagi yew.
Tapi lambat cikit lah.
Esok aku takder tau.
Aku nak pergi melancong.
Ala dekat jew.
Perak.
Aku pergi Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping.
Tiga hari aku pergi yew.
Nanti aku balik.
Aku upload gambar dekat sana.
Tunggu tau!!.


Monday, March 21, 2011

Ada Orang Nak Ayat Aku.


Kelakar tak baca entri aku kali nie.
Hahahaha.
Ada orang nak ayat aku beb!!.
Korang percaya tak?
Aku rasa tak kenal mamat tu.
Seriously.
Aku tak pernah jumpa.
Tapi dia boleh kenal aku.
Pelik lah aku.
Iyelah RTM nie besar.
Mestilah dia pernah terserempak dengan aku.
Tapi yang peliknya.
Dia ingat aku nie tengok lelaki jew ker?
Sampai dia cakap selalu tengok aku.
Huhuhu.
Tak hingin aku.
Aku dah tutup pintu hati nie.
Dah tak nak tengok lelaki lagi.
Titik.

Sunday, March 20, 2011

Batu Caves, Gombak.

Lepas aku kena marah dengan orang tu.
Aku terus bergerak ke Batu Caves, Gombak.
Nak lupakan kisah tadi.
Malas nak ingat lagi.
Lepas nie aku akan buat kerja leklok.
Aku JANJI.
Huhuhu.
Okey.
Kita lupakan kisah tu.
Aku nak ceritakan pasal Batu Caves, Gombak.


Nielah tangga Batu Caves.
Tempat ibadat orang India.
Biasanya masa perayaan Thaipusam.
Ramailah orang bangsa hindu datang sini.
Tapi hari ini.
Sikit jew orang datang.
Buat pertama kali dalam hidup.
Aku nekad panjat tangga tu.
Yang banyak dan kecil-kecil tu.
Letih jugak jantung nie.
Hahaha.
Tahan nafas lah.


Aku sedang naik tangga.
Penat tapi tetap senyum beb!!.
Ohhh.
Lupa plak.
Aku pergi sini bukan sorang-sorang tau.
Aku pergi dengan Si Senget.
Hahaha.


Nie gambar aku dah sampai dekat atas.
Cantik gua dia.
Terpegun aku tengok.
Jom kita tengok apa ada dalam gua nie.

Persekitaran dalam gua.

Tempat yang paling aku suka.

Kuil yang ada dalam gua.

Si Senget yang ambil gambar nie.

Sejuk sangat dekat dalam nie.

Lepas kitaorang pergi Batu Caves.
Kitaorang jelajah Centrel Market pulak.
Dah lama aku tak datang sini.
Rindu pulak.
Dah cantik rupanya dekat sini.
Maklumlah duduk jew Kuala Lumpur.
Tapi bukan selalu dapat jalan-jalan dekat sana.
Kitaorang sempat rendam kaki dalam ikan.
Harga dia murah jew.
RM 5 untuk 10 minit.
Geli gila.
Seriously.
Aku sampai menjerit-jerit.
Si Senget pun sama.
Hahaha.
Jom tengok kaki kitaorang kena gigit.

Nie kaki aku.

 Nie kaki Si Senget.

Ermm.
Geli bai.
Si Senget cakap.
Lain kali nak bagi ikan gigit kaki lagi.
Hehehehe.
Jom tengok video kaki digigit ikan.


Dah tengok ker?
Rasa nak cuba tak?
Hehehe.
Yang penting.
Hari ini aku seronok sangat.
Macam tengah melancong pulak.
Best siot.

Friday, March 18, 2011

Media Selangor Benam Syabas.


Korang tengok gambar dekat atas nie.
Hehehe.
Cuba korang eja betul-betul.
Dekat dalam bulatan biru tu.
J.O.H.A.N.
Maksudnya apa erk?
Semalam aku ada bagitahu korang kan.
Pasal hari ini aku ada game.
Lawan dengan Syabas.
Dekat Extreme Park, Shah Alam.
Ingat tak?.
Ermmmm.
Kalau tak ingat.
Korang tengok la entri aku semalam.
Hehehe.
Tanpa disangka.
Team Media Selangor menang.
Syabas tewas dalam genggaman kami.
Hahaha.
Aku pegang kata-kata Adik.
Kalah kOmpOm, menang ajaib.
Huhuhu.
Time nie membara semangat aku.
Membara nak lawan Syabas.
Akhirnya.
Berkat kerjasama kuat dari kami.
Team sorak yang cukup berbisa.
Kami berjaya jugak.
Memang seronok.
Time nielah kita dapat tengok semangat pasukan.
Aaaahh.
Lupa plak.
Time nie aku kena jaga pertahanan.
Perghhh.
Coachlah yang suruh.
Aku tak kisah.
Janji aku dapat lawan Syabas.
Hahaha.


Nanti aku masukkan gambar-gambar lain yew.
Sekarang nie just gambar pingat jew.
Tapi aku ada tangkap gambar dengan member aku.
Budak Sinar Harian.
Dulu dia nie member aku dekat Politeknik Merlimau Melaka.
Nama dia Wan.


Lawa tak baju jersi kitaorang.
Aku suka color dia.
Biru.
Hahaha.
Siapa kata budak tak tahu main bola.
Tak boleh menang?
Huhuhu.
Aku pegang kata-kata tu.
Pasnie kitaorang ada training.
Setiap Jumaat.
Di Bukit Jelutong.


Thursday, March 17, 2011

Syok Berfutsal Rupanya.


Aku suka sangat main futsal.
Rupanya mencabar jugak erk.
Esok malam aku ada game.
Dengan Syabas lagi.
Hahaha.
Semangat kitaorang training.
Meriah sangat.

Nie lah member aku.

Meriah kan?

Lepas kitaorang training.
Kitaorang pergi Tutti Frutti pulak.
Naikkan lemak-lemak yang hilang.
Sedap siot aiskrim dia.

Aku dengan Wan.

Aku dengan Kak Fida.

Wednesday, March 16, 2011

Lembut Tapi Ganas.


Pest..pest..pest.
Korang kenal siapa dalam gambar nie.
Hehehe.
Sopan tak aku?
Ala-ala wanita keparat tak?
Opss...silap
Wanita korporat lah.
Hahaha.
Tengok jew aku lembut.
Tapi hakikatnya.
Aku ganas tau.
Kalau nak tahu aku ganas.
Korang kena tengok aku main futsal.
Baru tahu aku ganas ker lembut.
Hahaha.

Tuesday, March 15, 2011

Aku Tawan Litar Memandu.

Hari ini tepat pukul 1.00 petang.
Aku ada kelas memandu di Segambut.
Rasa cuak beb!!.
Seriously.
Dah lah aku takut sangat nak tekan kelas.
Nasib baik ada cikgu sporting.
Cikgu aku muda lagi.
Nama dia Saiful.
Dia ajar okey sangat.
Tak marah-marah pun.
Siap boleh kongsi cerita pasal bola lagi.
Belajar memandu tapi cerita pasal skill bola.
Tak ker lari tajuk tu.
Tapi tak kisah pun.
Janji cikgu aku okey.
Seronok sangat bawa kereta nie.
Aku pusing satu litar memandu.
Banyak kali pusing sampai cikgu aku pening.
Aku cuma cuak bila nak tukar gear jew.
Yang lain aku rasa okey.
Boleh bawa laju lagi.
Nie tak sabar nak dapat kereta baru.
Hajat hati nak pergi Melaka.
Insyallah.
Doakan untuk aku yew.
Nanti aku ada kelas lagi.
Nak try naik bukit pulak.
Takut la. 
Bukan apa.
Aku takut kereta mengundur.
Nanti aku jadi tambah cuak.
Huhuhuhu.

Monday, March 14, 2011

Watikah Samsia Samsi.


Tengok dekat atas nie.
Ada gambar aku kan?
Aku ambil dekat blog konvokesyen UUM.
Terharu pulak.
Cerita aku ada terselit dalam blog nie.
Bangga lah.
Anak pakcik Samsi.
Kalau korang nak baca kisah selanjutnya.
Klik dekat sini.
Bertarikh 8 Mac 2011.
Selasa
Berita ditulis oleh pensyarah aku sendiri.
Encik Azahar Kasim.
Terima kasih yew.
Jasa Encik Azhar tetap saya ingat.


Sesuai Ker?

Serba kuning aku hari ini.
Bila tengok dekat cermin.
Macam kelakar pulak.
Tapi tadi budak praktikal cakap.
Aku sesuai pakai baju color kuning.
Betul ker?.
Ermmmmm.

Okey ker?

Dah lama tak buat pose macam nie.

Muka aku dah tambah tembam kan?

Ala-ala ayu. yuck!!!


Sunday, March 13, 2011

Seronok.

Hari Sabtu semalam.
12 Mac 2011.
Aku dengan Along dan Adik.
Kitaorang nak pergi jenjalan.
Bukan cari pasal tapi cari kawan lama.
Niat hati nak pergi Jelapang, Ipoh.
Adik sampai lambat.
Huhuhu.
Penat aku tunggu dia.
Sampai cair make-up aku.
Tetiba hari tu aku nak melaram.
Siap pakai baju ala-ala datin lagi.
Masuk jew kereta.
Adik terus perli.
Amboi, dah macam datin.
Nak pergi mana nie?
Huhuhu.
Aku abaikan jew cakap Adik.
Asalkan aku selesa sudah.
Kitaorang pun bergerak ke Ampang.
Nak ambik Along pulak.
Jauh gila Adik bawa aku.
Kata dia jalan tu jew dia tau.
Aleh-aleh dekat jew kot dengan Bukit Ampang.
Aku pun tahu jalan tu.
Dekat sejam jugak lah nak sampai rumah Along.
Huhuhuhu.
Kitaorang gerak nak ke Lebuhraya Duke dalam 11.30.
Dalam hati tertanya-tanya.
Bila lah nak sampai nie.
Sempat ker nak tengok pengantin.
Huhuhuhu.
Aku dengan Adik selalu nak gaduh jew.
Tak berhenti pulak tu.
Dari awal masuk kereta sampailah keluar.
Asyik gaduh jew.
Kesian dekat Along.
Dengar jew kitaorang gaduh.
Akhirnya tepat pukul 2.00 petang.
Kitaorang sampai di rumah Azizuddin.
Rupanya isterinya dia tu makwe dia dekat Poly.
Huhuhuhu.
Jodoh dorang panjang.
Din nie merangkap sepupu aku.
Tapi jauh lah.
So, dekat situ semua aku kenal.
Sepupu-sepupu aku semuanya.
Tiba-tiba Mama tegur aku.
Sepupu aku yang dah lama tak bertegur sapa.
Datang salam aku dan cium aku.
Kak Ida, Kak Pauk, Adik semua lah.
Salam, cium dan peluk aku.
Time tu aku rasa sayu jew.
Dah lama aku tak rasa sedih macam nie.
Along dan Adik tengok jew.
Drama sedih kitaorang.
Nak tengok gambar-gambar kitaorang tak?
Jap erk.

Din dan Sara.

Aku dan pengantin.

Ambik berkat dorang nie.

Bahagia bersama.

Wuakk, kelakar tengok gambar nie.

Gambar paling hebat. Kami bertiga.

Bertiga.

Dah tengok gambar-gambar tu semua?.
Korang tengok kelakar tak?
Hahahaha.
Kitaorang kejap jew dekat rumah din.
Lepas tangkap gambar.
Kitaorang terus bergerak balik Kuala Lumpur.
Sebabnya kawan-kawan kitaorang dah tunggu.
Pija, Seiro, Kak Ngah, Pakwe Kak Ngah, Pakwe Pija.
Pastu kawan Adik, kawan Seiro.
Semuanya 10 orang.
Termasuk kitaorang bertiga lah.
Kitaorang lepak dekat Wangsa Walk.
Lepak dekat NZ Corner.
Makan Nan Cheese.
Aku oder tapi Along dan Adik duk sibuk makan.
Huhuhuhu.
Bukan nak order sendiri.
Kedekut dorang.
Lepas lepak kitaorang pergi karaoke.
Dua jam 1/2 kitaorang bantai.
Sampai tertidur aku dalam bilik tu.
Dah lah takder line maxis.
Hampeh betul.
Nasib baik seronok.
Kitaorang habis dalam pukul 11.30 malam.
Lepas tu kitaorang makan dekat Kelana Jaya.
Kedai William.
Best makan dekat kedai tu.
Banyak gila.
Pertama kali datang sana.
Aku balik dalam pukul 2.30 pagi.
Adik yang hantar aku.
Mekasih yew.
Kepada Din.
Semoga bahagia selalu yew.
Jaga Sara leklok.
Hargailah isteri yew. 


Thursday, March 10, 2011

Salam 1Malaysia SelangorFM.

Selasa yang lalu.
Aku join team Salam 1Malaysia.
Ziarah IPK Shah Alam.
Nama panjang dia.
Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam.
Mula-mula gerak.
Aku macam tak semangat jew.
Iyelah sebab pikir.
Just nak melawat jew.
Bukan ada isu besar.
Dalam van.
Aku duduk belakang sekali.
Teringat masa aku muda-muda dulu.
Duduk belakang dengan Kak Zana dan Kak Shaf.
Best sangat-sangat.
Tapi itu dulu.
Hari tu.
Aku sorang-sorang duduk belakang.
Kitaorang semua ada enam orang.
Tukang bawa van - Abang Nazri.
Duduk teman sebelah dia - Abang Fazli.
Yang duduk belakang dorang - Kak Wawa.
Belakang Kak Wawa - Ani dan Anis.
Aku pulak mestilah belakang dorang kan?
Dah awal-awal aku cakap duduk belakang.
Hahahaha.
Sampai sahaja dekat IPK Shah Alam.
Kitaorang tak terus masuk.
Sebab kitaorang kena tunggu Abang Jenal.
Manalah dia nie kan?
Tau lah rumah dekat jew.
Hikhikhikhik.
Nasib baik datang cepat.
Kitaorang disambut dengan penuh mesra.
Semua pegawai-pegawai polis baik.
Hensem-hensem semua beb!!.
Nasib baik aku tak terpikat.
Kitaorang berpeluang jumpa Ketua Polis Selangor.
Dato Tun Hisan Tun Hamzah.
Ramah orangnya.
Suka aku tengok.
Kitaorang jadi segan pulak.
Iyelah Ketua Polis beb!!.
Sempat lah aku lepak sebelah dia.
Kat bawah nie ada gambar-gambar kitaorang.
Jom tengok!!.

Gambar sebelum duduk.

Gambar selepas duduk.

Gambar bersama pegawai polis di IPK Shah Alam.