PENGIKUTKU.

Wednesday, November 16, 2011

Lautan Biru Perdana Menteri.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun tidur.
Siap termimpi-mimpi aku bangun lewat.
Aku kena sampai ofis awal hari nie.
7.30 pagi dah kena bertolak.
Aku kena cover Perdana Menteri.
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Di Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat.
Pertama kali aku pergi buat cover dengan bos.
Program hari ini berkaitan pembangunan luar bandar.
Kerajaan beri kemudahan asas kepada rakyat.
Program Strategi Lautan Biru namanya.
Program nie kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.
Serta Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
Ada empat buah rumah yang dibina.
Melalui Program Bantuan Rakyat.
Rumah tu semua untuk orang asli.
Prihatinnya kerajaan kita kan?
Siap bina dan baiki rumah lagi.
Aku bangga dengan usaha kerajaan.


Waktu nie aku cuma tengok sahaja.
Selalunya aku akan dengar dan catat.
Hari nie aku bukan cover untuk TV1.
Tapi kena buat cross over melalui radio.
Bergetar jew jiwa aku sebelum buat.
Suara pulak seakan-akan tiada.
Perghh.
Time nie lah suara serak-serak manja.
Tadi masa tengok rumah okey jew.
Tapi aku rasa banyak yang perlu diperbaiki.
Dari segi bahasa, intonasi, suara dan semualah.
Senang cerita kan.
Takpe lain kali aku akan tingkatkan lagi mutu suara.
Jangan terlalu cepat sangat.
Intonasi kena rileks.
Tu antara petua dia.
Hikhikhik.
Perjalanan balik ke ofis.
Bos dengan Pakcik Buang jew berborak sakan.
Aku dekat belakang mengumpul tahi mata.
Perut sudah kenyang.
Hati sangat riang.
Mata senyap memanjang.
Hahahaha.


2 comments:

  1. exactly awak ni kerja sebagai ape? :)

    ReplyDelete
  2. pencacai yg dambakan story dari org2 penting di Malaysia. hikhikhik

    ReplyDelete