PENGIKUTKU.

Thursday, July 29, 2010

Kenapa Si Jantung Hati?

Duupp..duuuppp..duuuupppp..
Asal kau asyik berdenyut jew?
Nak kata aku berlari marathon, mana ader. 
Lari seratus meter pun aku malas. *haha*
Tapi kenapa kau tak berhenti berdenyut.
Puas otak aku memikirkan pasal kau.

Duupp..duuuppp..duuuupppp..
Tengok kau asyik berdenyut lagi
Nak kata aku jumpa mamat hensem, mana ader.
Jantan sebelah pun aku tak pandang. *muka garang!*
Tapi kenapa kau tak berhenti berdenyut 
Puas mulut aku membebel pasal kau.

Duupp..duuuppp..duuuupppp..
Asal kau berdenyut pantas nie?
Nak kata aku ketakutan, mana ader
Aku takder buat salah pape pun *sejak nie jadi budak baik*
Tapi kenapa kau tak berhenti berdenyut
Puas tangan aku mengigil pasal kau

Duupp..duuuppp..duuuupppp..
Tengok kau berdenyut lagi kencang
Nak kata aku mengelabah, mana ader
Aku dah cool macam ais batu nie. *maintain macho*
Tapi kenapa kau tak berhenti berdenyut 
Puas kaki aku menguis-guis pasal kau

Duupp..duuuppp..duuuupppp..
Tengok kau berdenyut lagi.
Pantas macam kilat kau berdebar
Aku risau sangat2 nie, kenapa dengan kau si jantung hati?
Bila kau berdebar, semput aku rasa dekat hati nie
Sakit sangat2, kau berhenti la berdenyut
Biar aku tak sakit lagi
Biar aku tak semput lagi
Sungguh!! aku tengah sakit nie *muka nak nangis*

*luahan roh aku dekat si jantung hati, memang aku tak tahu kenapa dengan si jantung hati. berdebar jew aku rasa. berdenyut laju macam kereta lumba. jadi tanda tanya dalam otak aku. kenapa? kenapa?dan kenapa?. aku pun tak tahu tentang si jantung hati.*


Wednesday, July 28, 2010

Makan Besar??

Kenyang nyer perut aku malam nie
Mana taknyer, aku baru balik dari makan besar!!
Selalunya time Tahun Baru Cina baru boleh makan besar
Tapi aku pulak dapat makan time2 macam nie.
Kalau korang nak tahu, nie la 1st time aku makan besar
Sungguh aku tak tipu!! *sambil buat muka serious*

Aku makan besar dengan semua member ofis
Happening sangat2!!
Tempat makan besar dekat La La Chong Seafood *halal tau*
Best jugak tempat dia, aku suka sangat2
Aku naik kereta dengan Ramesh, Fadzli, Sarah dan NG
Kecoh gila dalam kereta, semua orang ktorang kacau
*nak hilang tension time trafik jam*

Lagipun restoran La La tu jauh sangat la sampai masuk dalam
Ayat tak boleh aku lupa (dalam lagi) *Sarah punyer ayat*
Memang aku gelak sampai pecah perut.
Sampai2 jew, uncle terus ambik order.
Banyak jugak yang uncle oder *boleh abis ker?*
Masa tunggu makanan sampai, dorang sempat berposing sakan

N.G dan Sarah senyum jew dorang nie


liyna, aku dan N.G

Macam yang aku cakap tadi la,
Uncle memang order banyak sangat
Penuh jugak la meja yang ktorang duduk.
Dengan Lala, Ketam, Sotong, Udang sumenyer seafood
*aku alah udang, nie kalau makan mesti gatai, huhu*
Tapi aku apa heran, aku bantai jugak udang tu
Mana boleh tahan bila tengok udang besar lengan!!!

Lauk yang uncle order, banyak kan??

Antara lauk2 yang kat atas nie, ader satu jew aku paling suka
Roti bun dia, pergghhh!!! Sedap siot
Lembut nyer dekat dalam dia
Tengok kat luar macam keras, tapi bila cubit.
Perghhh, lembut nok!!!!
*haha, lagi best cicah dengan kuah ketam keju*

Roti bun yang aku suke!!!

Aku kalau bab makan memang paling suka
Lagi2 kalau ader orang belanja *rezeki doh!!*
Nampak jew aku kecik, tapi kuat makan!!
*merana la sapa jadi laki aku nanti*
Nie bukti yang aku kuat makan
Korang buat2 tak nampak la yew.

Memang tak ingat orang lalu lalang.


*uncle, thanks you sangat2 sebab belanja sam, lain kali uncle belanja lagi tau. Semua yang uncle order, sam suka sangat2. sedap la. pandai uncle order*


Tuesday, July 27, 2010

Silver Vs Hijau

Aku terlupa pulak nak letak picture hantaran time adik tunang
Sekarang nie baru nak letak kat surat khabar nie. *ngegade*
Bagi korang yang jadi kawan aku kat FB,
Mesti korang tahu tema apa time tunang adik 14 Mac 2010
Bagi korang yang tak jadi kawan aku, 
Aku nak bagitahu la nie.
Tema dia hijau pucuk pisang *aku yang pilih color tu*
Dan aku jugak yang buat hantaran tu semua!!! 












Kalau time adik tunang aku pilih color hijau,
Nikah adik pulak, aku pilih color silver *haha*
Adik nikah 1 Ogos 2010 *sama besday adik aku, Anita*
So, lepas aku buka puasa
Aku gagahkan tangan buat hantaran nikah pulak
Sume barang2 aku dah beli hari tu
Tinggal nak gam dan design hantaran jew.
Korang tengok kat bawah nie erk








Aku tak siapkan lagi hantaran nie. 
Nie baru 50 peratus jew. Hari khamis aku sambung balik
Malam besok, aku ader dinner dekat luar
Tu yang tak boleh nak buat besok!!!
Okey la, besok kita jumpa lagi erk.
Aku dah nak tido la. 
Penat + ngantuk + lapar
*hahaha*

Sunday, July 25, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta? Sentap Aku

Ayat kat atas nie, diluahkan oleh seseorang dekat aku hari nie
Aku tengah meluah isi hati dan tentang erhmm2 dekat dia
Time tu jugak la dia luah ayat nie.
Tiba2 terasa separuh hati nie dah mati
Seriously, aku memang rasa lain sangat2
Dia cakap lebih baik aku pikirkan pasal diri aku dulu
Apa yang aku nak dalam hidup nie *kawin jew aku tak nak*
Biarpun aku restu adik sepupu aku kawin
Sampaikan aku buat macam picture bawah nie


Tapi aku tak der hati nak kawin *sampai bile2 boleh ker?*
Arrrggh, biarlah asalkan aku ader family dan kawan2
Betul cakap dia, hidup nie masih panjang lagi
Banyak yang aku kena tempuh lepas nie.
Kepada dia, aku ucapkan terima kasih
Walaupun baru beberapa bulan ktorang kenal
Tapi dia tetap bagi semangat dalam diri nie.
*dia memang tahu tentang aku, sume dia tahu*



*Bang, kau memang orang yang gila2 pernah aku jumpa, walaupun kau tahu baca hati dan otak aku, tapi aku tak segan dengan kau bang. biarlah orang nak cakap pe, kau tetap orang yang rapat dengan aku. Aku hormat kau bang, orang tak tahu macam maner yang aku rasa selama nie. Tapi kau boleh tahu bila aku sedih!! ko boleh nampak sume tu.*

Saturday, July 24, 2010

Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dihentak-hentak

Bila aku baca balik ayat atas nie, aku mesti ketawa *hahaha*
Kelakar gila, bila teringat balik time breakfast pagi nie.
Aku dengan Obek Lalang spent time bersama di kedai kopi
*perangai aku sama dengan dia*
So dalam kitaran family, kitaorang yang paling kecoh!!
Ayat atas tu, dia la yang cipta!! memang kelakar beb

Hari nie memang hari Sabtu 
*senget dah tau pun ngegade bagitahu*
So, aku memang la cuti kan *suka sangat hari nie*
Tapi bila aku pikir2 balik, aku rasa macam tak cuti jew
Mana taknya, aku asyik keluar rumah.
Ader jew aktiviti yang aku buat. *suka jenjalan makan angin*


Picture kat atas nie, aku, Nana, and Maisarah
Comey sungguh kawanku ini pakai baju tunang 
*suka la makeup dia*
Mai nie member aku sejak sekolah menengah sampai UUM
Kira dia nie selalu dekat jew dengan aku *haha*
Lagipun aku dah kenal dengan sume family dia.
So, aku kena la pergi majlis dia.
Kepada Mai, sam doakan mai dipanjangkan jodoh dengan Ai'dil
*amin*


Lepas jew aku pergi majlis tunang Mai,
Aku terus gagahkan kaki jumpa Kak Yang and Kak Ngah
*Windu sangat sama kamu!!*
Kitaorang berborak sampai tak ingat orang dah bertukar ganti
Mana taknyer, abis sume kisah zaman Diploma dibongkar
Siap team kancil dikenang balik *kelakar siot*
Kalau korang nak tahu, team ktorang ader 6 orang sume
Kecik, comel dan baik hati tulah team kancil
Sapa yang tak kenal team kancil DUP dulu. *tak bole blah*


Lepas aku jumpa kawan2 poly dulu,
Aku terus gerak pergi Vista Angkasa
Nak tolong dieya masak, hari nie kat rumah dia ader makan2
Iyelah diakan baru jew pindah rumah baru 
Ala yang aku men masak2 dekat rumah dia hari tu?
*korang baca la post aku yang lama2 tu*
Best gila time dekat rumah dieya, aku asyik kena buli jew
Atas nie picture aku, Ina, Ghani dan Bakar
*dorang sume kawan dalnish, tapi dah jadi member ktorang*


Lepas tu, aktiviti aku tak berhenti lagi
Aku kena pergi majlis berinai cousin aku pulak
So, aku ader la snap picture dia *korang buka FB aku jew la*
Picture kat atas nie, aku dengan Naja dan Ani
Pengantin tengah siap2 pakai baju,
Kitaorang dok posing dekat pelamin
*mengedik jew , sume orang tengok tapi ktorang buat bodoh*
Aku cuma snap picture pengantin kejap jew
Sebab, aku dah ader plan jahat dengan cousin2 aku yang lain
Korang nak tahu tak? *haha*
Tengok picture bawah nie.


Ktorang lari dari rumah pengantin senyap2
Lepas tu, ktorang pergi i-City, Shah Alam naik kete Myvi
Memang best giler jadi jahat nie *aku sorang la, yang lain baik2*
Plan nie pun, aku yang rancang *kepala kumpulan*
Memang happening siot!!
Bila cousin2 dah berkumpul, kecoh la i-City tu
Sampai2 rumah, ktorang masuk senyap2
Ala macam pencuri ceroboh rumah
Haha, memang tak boleh aku ingat
Tapi seronok sangat2 *besok confirm kena marah*
Tak sabar pulak nak kena marah sama2.


Friday, July 23, 2010

Potluck Di Goshen

Sejak dua tiga hari nie, aku asyik dapat email jew
*mesti korang sedang pikir, sape la yang bagi email kan?*
Ala bukan sape2 pun, budak2 ofis gak
Dorang nak buat potluck kat Goshen *breakfast jew*
So, pagi2 lagi aku dah bangun *bangun2 terus gosok baju pink*
Pas mandi, aku terus siap2 nak pergi ofis
Aku masak kacang panggang yang aku beli semalam
Benda nie la yang aku kena bawa hari nie.
Member ofis aku plak ader yang bawa roti, telur, hotdog

antara makanan yang ktorang bawa


member ofis aku.


comey kan dorang!!


jemput makan sume!!!


Thursday, July 22, 2010

Lu Asal Sibuk Pasal Wa?

Oleh sebab ofis aku dah block FB
So, aku buka jew la YM aku.
Bukan chating pun, saja nak tengok sape bagi comment kat FB
Tengah2 dok aku buat data, tiba2 YM berkelip2
*sapa plak yang antar msg nie? tak keje ker?*
Korang tau tak aku dapat mesej dari sape??
Malas aku nak luah nama setan tu!!
Just aku panggil dia setan jew erk. *biarlah aku punyer suka*
Korang tau dia bagi apa??
Nie ayat yang dia bagi kat aku.

AKUM
*mula2 ayat lu memang nampak baik, huhu*

SEMOGA SIHAT
*wa hari2 sihat la, lu pe hal setan? nak tahu wa sihat ker tak?*

SEMOGA ANDA TABAH
*wa memang tabah, dari dulu lagi wa tabah. sejak azali lagi!!*

DAN BERJAYA
*wa memang dah lama berjaya, tinggal nak capai impian wa jew*

19/8 HARI BERTUAH AWK
*pe hal lu sibuk pasal date atas nie?? wa ader ker sibuk pasal lu??*

 SO KEEP GOING WELL K
*lepas lu cakap wa kena tabah, lu cakap cam nie?? pe kes beb!!*

Aku memang tak reply mesej si setan nie
Buat pe aku layan, lagi bikin aku pening kepala
Dah lah aku senget, layan setan nie lagi bengkok aku!!
Woit setan, nape lu suke kacau wa erk??
Wa dah lama hilangkan lu dalam kepala nie
Wa dah tak nak tahu pasal lu.  
*muka geram, sambil tangan hentak2 meja*
Lu pergi lah main jauh2, wa memang tak nak dekat dengan lu!!

Lu punyer mesej pun wa baca jew
Lu ingat wa percaya sume yang lu type?
Soriew la beb, kalau dulu lu boleh ar kelentong wa
Sekarang nie, jangan mimpi la wa nak percaya lu.
Wa tak heran kalau takder orang nak kat wa
Tapi wa memang takkan nak dengan lu balik!!
Walau lu baik dengan wa, cikit pun wa tak sangkut beb!!
Seriously, mula2 wa tak dendam dengan lu
Lu buat macam2 dalam hidup wa *sadis bila wa ingat balik*

Nasib baik, wa ader kawan baik.
Dia nampak apa yang lu wat sadis dengan wa.
Wa malas nak ungkit beb, lu pikir la sendiri
Kalau sape2 tak percaya dengan wa
Wa ader saksi beb, ramai giler!!
*pe yang aku dah merepek nie erk??*
Okey la. wa tak nak tulis banyak2 pasal lu.
Wa dah abis geram dengan lu
Wa nak blah!! *muka merah*

Wednesday, July 21, 2010

Nak Kekal Cantik Cam Dulu

Lepas abis keje jew, aku terus naik LRT dengan Fazli
*member kat opis aku*
Tapi Fazli terus pergi Kuala Kubu.
Aku pulak terus pergi Midvalley, adik aku dah tunggu kat sana
Niat hati nak bayar si beruk celcom tu..
Bulan nie aku tak bayar lagi *guna wuit gaji aku tau*
And satu lagi niat aku nak beli vitamin untuk pimples aku!!
Yang nie memang wajib sangat2
Aku nak macam dulu lah, muka licin jew tanpa jerawat.
Sebelum aku beli vitamin, aku dah search kat internet dulu
Aku kena pilih vitamin yang terbaik and boleh percaya
So, aku dah pilih blackmores sebagai momoresku *nama manja*
Banyak2 vitamin yang dikeluarkan momores, aku pilih yang nie

Momores Bio Ace

Momores kat atas nie sesuai untuk muka yang berjerawat
So, aku kena la makan momores nie.
Harga dia murah jew beb!! RM 28.90 jew
Dalam pulak ader 30 tablets.
Korang kalau nak makan kena 1 tablets sehari
Kira sebotol untuk sebulan lah. *murah tak?*
Aku try makan lu dalam sebulan, 
Nanti aku bagitau korang cam ner kesan dia
Siap dengan picture lagi!!

Gagah Ke Aku?

Aku ader terbaca dalam internet mengenai kegagahan wanita
Bila aku baca tajuk tu, aku dah terbayang kuatnya wanita nie?
Tapi bila aku baca satu persatu, barulah aku tahu.
Kegagahan wanita bukan pada tubuh badan yang pejal atau besar 
Tapi pada perasaannya..
Bila aku pikir balik, aku nie bukan besar pun? 
*aku kecik jew orang nya, hehe*
Aku pun bukannya tahu sangat jaga perasaan nie *celaru jew kot*
Menurut penulis tu, gurgurs yang gagah ader beberapa ciri tau.
Kalau korang nak tahu, baca la kat bawah nie *bawah nie jew*



Gurgurs yang tahan terima sebuah KEHILANGAN
Gurgurs yang tidak takut KEMISKINAN
Gurgurs yang tabah menangung KERINDUAN setelah ditinggalkan
Gurgurs yang tidak meminta agar dipenuhi segala KEINGINAN
Gurgurs yang berdiri di atas KETEGUHAN imannya.



Perghh!! bila aku teliti balik kan
Memang gagah pun seorang gurgurs kalau ader ciri2 diatas
Aku ader ker ciri2 kat atas tu? *aku pun tak tahu*
Tapi aku akan cuba,
Jadi wanita yang gagah dari segi perasaan!!
Mesti. wajib. harus.
Aku kan kuat semangat, tak mudah gentar pada dugaan!!


Tuesday, July 20, 2010

Cintaku Sesuci Embun Pagi. Ceh!! Hampeh

Bila aku baca statement kat atas nie, aku cam nak tergelak jew
Seingat aku la, banyak2 post aku kat blog nie
Aku jarang cite pasal cinta kan? *cuba ingat balik kisah2 dulu*
Ermm, cintaku sesuci embun pagi??
Argghh, buat pe nak cinta suci2 kalau takder dalam hati??
Aku rasa, kalau dah tak cinta lebih baik lepas kan jew
Dari hati yang merana, lebih baik cakap seikhlas hati.
Aku tak suka paksa orang mencintai diri aku nie.
Kalau dah orang tak suka, takkan aku nak paksa kan??
Dia bebas memilih sapa2 yang dia suka, sapa2 yang dia cinta!!
Kalau dulu, cinta aku rahsia, tapi kini lebih baik aku bagitahu
Ya, memang betul aku kekasih dia. *pe korang sibuk?*
Tapi itu dulu, sekarang aku rasa dia dah tak cintakan aku.
Seriously, dia bukan macam dulu lagi.
Dia nak tinggalkan aku!! *redha jew la*
Aku tengah tunggu keputusan dia.
Kalau dia dah ucapkan benda keramat tu, 
Aku pilih prinsip bawah nie.
Prinsip aku pasnie, aku tak kan jatuh cinta lagi!!
Aku nak anti lelaki.
Kalau korang mesti nak balas dendam dengan lelaki?
Tapi aku lak tak nak buat macam tu.
Nak buat pe dendam dekat lelaki lain??
So, aku pilih anti lelaki jew *kawan boleh, pakwe sory*
Aku bukan dendam dengan pakwe aku nie
Tapi aku dendam dengan si setan tu!! 
Kenapa la aku jumpa dengan setan tu erk?? *menyesal aku*
Tapi takpela, mybe aku memang tak der jodoh 
So, kalau pasnie korang tanye sape pakwe aku
Aku akan senyum jew, coz aku dah malas nak pikir pasal nie
Titik. cintaku bukan sesuci embun pagi lagi!!
Nie last aku cite pasal cintan cintun nie.
*bikin kepala aku runsing jew, arrghhh*

Hujan Sore Hari

Hari nie hari selasa *buat2 tak tahu lak*
Kan dekat atas tu dah tulis Tuesday!! *senget tul aku nie*
Balik keje jew, aku kena redah hujan.
Aku try la selongkar beg, mana tau aku bawa umbrella
Tapi hampeh!! aku lupa nak masuk dalam beg.
So apa lagi, aku redah la hujan lebat tu.
*Syok gak redah hujan, dah lama tak mandi hujan*

Masa aku tengah jenjalan dalam hujan tu
Aku buat la aksi yang dalam filem hindustan tu
Ala, korang ingat tak filem Kuch Kuch Hota Hai tu??
Yang time Shah Rukh Khan mandi hujan dengan Kajol??
Ingat tak? kalau korang tak ingat, korang g tengok balik cite tu
Part kat kem yang dorang g tu.

Aku buat macam tu la tadi, sebijik siot!!
Aku ingat tak der la orang lalu lalang kat jalan tu.
So, aku buat la lama2 cikit
Sambil mata ku ditutup oleh kelopak mataku 
*tak kan kelopak mata korang pulak*
Aku hargai air hujan yang menitis2 dimuka ku *wah!! jiwang karat*
Syok giler!! rasa bebas jew. 
Hilang kejap kegelisahan hati nie *sejak dua menjak hati ku resah*

Tengah2 aku buat aksi ganas tu,
Tiba2 ader suara garau berkata,
Dik, nape tercegat kat sini??
Aku ingatkan mimpi di sore hari.
So, aku biar jew la. aku still layan titisan hujan tu
Tapi, tiba2 suara tu cakap cam nie
Dik, ko gile ker duk layan hujan??

Bila aku dengar jew ayat tu, aku terus buka kelopak mataku
Pergh!!! aku tengok sorang mamat kat depan aku
Dengan muka confius beliau. *tak kenal lak mamat nie*
Sejak bila lak, dia ader kat depan aku!!
Tadi tak de lak orang lalu lalang
Malu giler beb!! Mamat tu tegur aku lak. 
Dah la cakap aku gile!!
*ayat tak agak kan? gile? bukan senget ker?*

Aku pun buat la muka selamba Badak. 
Opss silap Cipan, sekarang suka nama Cipan!!
Aku berbalas jawap dengan mamat tu.
Saje jew bang, cari ilham buat lagu!!
*sejak bila pulak aku buat lagu? mimpi la kot!!*
Argghh, bedal jew la. 
Janji mamat tu caya kat aku.

Tapi hampeh la kan, mamat tu terus cakap
Kat rumah tak der air ker dik?? *muka cam kerang busuk time nie*
Sentap!! ko ingat aku nie per??
Aku dengan selamba la terus sound
Sebab rumah tak der air la aku wat cam nie
Nak join ker?? boleh jew. tak der hal la!!
*dalam hati tuhan jew tahu beb!!*

Pas aku cakap cam tu,
Aku terus blah jew. *tak toleh belakang pun*
Cepat2 melangkah laju.
Muka dah merah, badan dah basah, hati dah marah!!
Sumpah tak nak buat lagi aksi tu!!
*boleh caya ker??*
Aku terus balik rumah, sampai mak aku sound gak.
Akak suke balik hujan2, pastu abis basah satu badan!!

*kalau korang, pas kena hujan mesti terus mandi kan? tapi aku lak lain cikit. Aku terus solat dulu *benda wajib* pas tu terus buka laptop tambah RAM nie. *haha* bukan buka FB tapi aku nak updates entry nie *senget toi aku kan?*

Monday, July 19, 2010

Sapa Cakap Aku Tak Kisah?

Sapa cakap aku tak kisah?
Hei, aku kisah la kalau kau tak mesej aku.
Memang aku kisah.
Aku diam, bukan bermakna aku tak kisah
Tapi memang aku kisah!!

Sapa cakap aku tak kisah?
Hei, aku kisah la kalau kau tak call aku.
Memang aku kisah.
Aku senyap, bukan bermakna aku tak kisah
Tapi memang aku kisah!!

Sapa cakap aku tak kisah?
Hei, aku kisah la kalau kau tak jumpa aku.
Memang aku kisah.
Aku kaku, bukan bermakna aku tak kisah.
Tapi memang aku kisah!!

Sapa cakap aku tak kisah?
Hei, aku kisah la kalau kau tak take care aku.
Memang aku kisah.
Aku senget, bukan bermakna aku tak kisah.
Tapi memang aku kisah!!